Tuesday, July 7, 2020

ADIM COVER VERSION: PART 03 - SATURDAY NIGHT BY SUEDE



Saturday Night adalah single ke 3 Suede untok album Coming Up yang dirills ngam pada hari jadi aku, 13 January 1999. Bagi yang membesar di zaman kegemilangan Britpop/Alternatif, trek ini semestinya ada dalam playlist. Jika peminat Suede, aku yakin setiap dari mereka ada memori di sebalik lagu ini. 

Kulit muka depan single Saturday Night oleh Suede.


Details.


Direkod pada tengah malam sabtu lepas, sesuai dengan tajuknya sambil-sambil mengimbau kembali mood zaman itu. Klasik. Untuk penyanyi amatur yang biasa nyanyi dalam jamban, bukan mudah untuk mengawal vokal menyanyi tone semacam ini. Memang terketar-ketar jugaklah suara untuk 5 rakaman yang pertama. Kali yang ke 6 baru tekak terasa warm & jadi. Jika terdengar part sumbang atau sound tak balance, aku dah mengantok sangat masa itu, malas dah nak adjust. Hahaha. To be honest, Saturday Night bukan mudah. Untuk piano part, aku pinjam permainan piano seorang pemuzik dari Tel Aviv, bernama Frankie Simon.


Frankie Simon, pemain piano dari Tel Aviv, Israel.

Jika 17 tahun kebelakang, trek slow begini bukanlah pilihan aku untuk dinyanyikan. Ini kerana faktor usia, mungkin kerana anak tekakku sudah outdated untok menghasilkan suara tinggi nyaring. Trek versi cover dari aku ini adalah yang terakhir, sebelum aku move on ke mood lain. Maaf jika post video muzik ini membosankan kerana mood nya yg mellow, hanya sekadar menghiburkan diri & mengisi masa lapang.


Rasa berbesar hati dapat berkongsi lagu yang ada menyimpan kenangan, terutamanya buat kawan-kawan. Ada yang sudah tiada, ada yang hilang tanpa berita. Mana yang masih ada kita hargailah dengan secebis buah tangan seperti ini. Semoga kita tetap berkawan sampai bila-bila.

Sila guna earphone. Selamat mendengar.

Wednesday, June 17, 2020

ADIM COVER VERSION: PART 02 - SIMON BY SUEDE



Simon adalah trek B-side dari album A New Morning oleh Suede pada tahun 2001, namun tidak terdapat di dalam album ini tapi ia ada di dalam keluaran single Postivity di trek yang ke tiga. Ia adalah ciptaan frontman Suede sendiri, Brett Anderson & Co-Songwriter, Neil Codling.





Simon juga terdapat di dalam DVD "Lost In TV" dalam format video pada tahun yang sama, Simon pernah dirilis format CD untuk diberi secara percuma buat peminat ahli kelab mereka sebagai tanda permohonan maaf diatas kelewatan merilis majalah bulanan Suede. Ternyata trek rare B-Side ini ada sesuatu yang istimewa, tidak terkecuali buat aku yang merasa ketika pertama kali mendengar.





Aku pilih trek Simon untuk dibuat versi cover adalah sebagai tribute buat band hebat ini, selain ada peristiwa berkait pernah berlaku & lagu ini adalah soundtracknya ketika itu. Secara peribadi ia pernah ada impak dalam life aku. Maka aku meng'cover' lagu Simon ini mengikut kehendakku mengemudi vokal, mencuba sedikit kelainan dari versi asal nyanyian Brett. Sis cuba OK. Terima kasih kerana sudi membaca & mendengar 🙏  Berikut adalah lirik Simon untuk tatapan anda pendengar.


SIMON

Open your eyes and live again

And I'll open my heart and love again
I'll open my mind deep inside yes I know its blue

We all believed in Amsterdam

Paris and Spain and Vietnam
No one believed you
When you said your heart was blue

It's raining inside

And it's raining tonight
And it's raining for me and for you

'cause all that we see

Is a life fucked by money
And a world of celebrity fools

Are you lost in the pollution?

(Simon) Are you somewhere in my soul?
(Simon) Are you nothing but a notion, oh?
(Simon) Where do we go?

Now planes write your name up in the sky

And flowers die for your suicide
Trains stopped in vain and the pain stopped for you

And we all believed in insulin

Perfume and soap and ventolin
But no one believed you
When you said you heart was blue

It's raining inside

And it's raining tonight
And it's raining for me and for you

When nothing make sense,
But the pounds and the pence
And the dollars and cents, oh we lose?

Are you atoms in a jam jar?
(Simon) Are you somewhere in my soul?
(Simon) Are you nothing but a photo in a passport?
(Simon) Where do we go?

Oh Simon
Oh Simon
Oh Simon



























ADIM COVER VERSION: PART 01 - EVERYTHING WILL FLOW BY SUEDE




Setelah reda sedikit penularan wabak Covid 19, rutin harian warga kembali seperti biasa, dengan sedikit berjaga-jaga terutamanya dalam beraktiviti dan bersosial. Masih perlu menjarak kan diri dan mengehadkan segala pergerakan merentas daerah/negeri. 

Sepanjang PKP ini juga, aku giat meng'cover' beberapa lagu kebiasaan bagi aku, yang aku pernah gunakan sebagai medium belajar vokal ku secara amatur 2 dekad yang lalu, ketika zaman sekolah lagi. Antaranya Suede, Blur, James, Supergrass, Mansun, The Lightning Seeds dan banyak lagi lah, rata-ratanya muzik dari zaman 90an, berirama Alternatif & Britpop, sudah tentu.

Album Headmusic, dirilis pada tahun 1999.

Suede adalah influence terawal aku dalam bermuzik. Aku mula dengar Suede dari album  Coming Up (1996) & Head Music (1999). Zaman tu zaman kaset, aku kumpul duit hari-hari,  beli seminggu sekali, berkat dapat duit kerja tolong mak di kantin setiap kali habis sekolah.  Aku masih naik basikal zaman tu. Bila duit dah cukup, aku kayuh laju-laju ke Tabuan Jaya Commercial Centre untuk pegi ke kedai muzik, aku pun dah lupa nama (kedai dah tutup, lokasi belakang Teck Kong Trading) & beli kaset yang aku nak. Biasanya aku akan tanyakan sekali kalau ada poster-poster yang free untuk aku ambik. hehe. Aku ingat lagi amoi kedai tu aku panggil Tokey Neo, sangat style, berambut pendek short cropped colour hijau, bersubang di hidung, pakai body fit shirt, seluar baggy fila & kasut boot ala DocMart.

Suasana di Tabuan Jaya Commercial Centre.

Tradisi biasa selepas membeli kaset, aku balik cepat ke rumah, masok bilik, kunci pintu & setting untuk santai sambil dengar kaset. Belek, baca credit sambil cium bau inlay tu biasa. Pensel kena ada standby, takut tape sangkut. Hehe. Part paling best bila lagu masuk, kau follow baca lirik. Hanyut dengan melodi asyik Suede. Dari situlah aku belajar vokal sambil menyanyi follow lagu sebenar yang sedang dimainkan. Itupun aku praktikkan sedekad selepas itu bila aku mula bermain band.

Vokal Brett Anderson yang gedik unik, sedikit sebanyak mempengaruhi lenggok vokal ku ketika bersama band lama Silwayd, obviously. Boleh kata semua lagu Silwayd ada pengaruh Brett terutamanya lagu Beauty Scenery. Dari gaya berseluar flare bootcut, body fit tee, bersubang sebelah, rambut panjang di depan pendek di belakang, semua itu aku pernah follow kerana obses 😆 

Untok sesi cover kali ini, aku pilih trek Everything Will Flow dari album ke 4 Suede berjudol Head Music yang dirilis pada Mei 1999. Secara personal ia dipilih kerana aku ada kenangan dengan lagu ini. Vibe 90s nya yang terlalu kuat, sehinggakan kadang-kadang bila aku mendengar kembali album ini, seolah-olah aku menjengah dunia lamaku, kembali melihat imej-imej vivid masa lalu.

Cover CD single Everything Will Flow, rekaan kulit oleh Peter Saville.

Mungkin sedikit berbeza, aku ubah sedikit ikut selera aku ya. Jika aku nyanyi sebijik macam Brett, apa beza aku dengan set Karaoke. Jadi anggaplah versi ini luahan peribadi aku. Perghh. Selamat mendengar.



EVERYTHING WILL FLOW

Watch the early morning sun 
Drip like blood from the day 
See the busy people run 
So many games to play 
See the blue suburban dream 
Under the jet plane sky 
Sleep away and dream a dream 
Life is just a lullaby
Oh, and everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
Watch the day begin again 
Whispering into the night 
See the pretty people play 
Hurrying under the light 
A million cars, a million trains, 
Under the jet plane sky 
Nothing lost and nothing gained 
Life is just a lullaby
Oh, and everything will flow 
Oh, I said everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
Oh, and everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
The neon lights in the night tonight 
Will say "everything will flow" 
The stars that shine in the open sky 
Will say "everything will flow" 
The lovers kissed with an openness 
Will say "everything will flow" 
The cars parked in the hypermarket 


Know "everything will flow"

DUNIA KIMIA: TREK REJEK YANG HILANG



Sekarang masok hari ke 36 PKP. Baru teringat pasal blog yang dah lama ditinggal. Mujur dalam beberapa hari ni aku mengemas rumah & terjumpalah beberapa stuff lama zaman bujang. Antaranya rakaman lagu Dunia Kimia yang ke 6 direject untuk dimasukkan ke dalam EP terakhir Silwayd, Dunia Kimia tahun 2009, yang aku jumpa dalam hardisc lama. Jadi aku ingat better aku buat sesuatu sempena masa cuti panjang tak tahu hujung ini. 

 Lagu Dunia Kimia dicipta oleh aku dan Tibet sekitar tahun bulan April - August 2009 di Damansara Damai masa kami duduk menyewa zaman bujang bersama-sama rakan yang lain dari Sarawak. Fuh zaman struggle nak survive di tempat orang.  Aku takkan lupa zaman itu. Mungkin ada masa aku akan ceritakan apa yang terjadi zaman itu (2008 - 2011).

Berbalik pada Dunia Kimia. Riff gitarnya dicipta oleh Tibet, pengaruh dari lagu Nada Surf - Inside of Love dari album Let Go, obviously & aku tak pernah tahu pun masa mula-mula. Sehingga lah lirik siap, on the same day aku dapat lagu tu. Mood dia aku ingat nak ala-ala Brett Anderson konon, masih kuat lagi pengaruh dia dalam muzik aku masa itu. Tapi alih-alih bila dah jadi lain dari yang dijangka. Aku rasa vokal aku dalam ini yang paling ikhlas aku luah, Aku guna ton serendah yang mungkin yang jarang aku explore masa buat lagu. 

Maka dengan penemuan trek yang hilang ini, aku abadikan semula dalam bentuk video muzik, sekadar menjenguk mood lama zaman bujang ku bermain muzik bersama teman, buat tatapan mereka yang belum pernah mendengar dan tahu, juga buat mereka di masa akan datang yang mungkin belum wujud tika ini.



Friday, August 30, 2019

NOT THE ONE WITH NEEDLE STICKING OUT OF YOUR ARM, DUDE!


Ini adalah band terbaru yang aku sertai selepas kekecewaan aku dengan projek Jaguan yang gagal awal tahun ini (2019). Aku sebenarnya mendapat tawaran dari Heroine untuk berkolaborasi bersama mereka dalam kemunculan kedua mereka selepas sedekad menyepi dari arena muzik lokal di Kuching Sarawak. Aku di posisi sebagai vokalis & penulis lirik, macam biasa.

Long story short, Heroine adalah band Indie Rock asal dari bandar Kuching yang ditubuhkan pada tahun 2008, beberapa tahun selepas band pertama ku, Silwayd wujud. Diorang ni kira junior aku dalam scene. Rata-rata umur dari 23-28 tahun. Aku lah yang paling senior, 35 tahun. Nasib saiz badan aku kecik jadi rupa kitorang dah macam sebaya. Hehehe. Heroine asalnya dianggotai oleh Coki, Adib, dan beberapa orang line up yang sering bertukar ganti dan mereka ini asalnya membawa lagu-lagu berbahasa Inggeris. Pernah merilis EP berjudul The Man Was Lying Down pada 2009. Sejarah band ini boleh di rujuk di laman rasmi Heroine di Facebook.

Berbalik sebentar pada kisah aku kecewa malam show bersama Jaguan di Ipoh awal tahun ini, selepas je perform malam tu aku turun lepak mamak sorang-sorang termenung frust, Coki frontman band Heroine telah call aku tepat pada masanya, ajak untuk masok Heroine menggantikan vokalis lama Adib yang telah quit. Selepas Adib sebenarnya ada seorang budak nama Kirk Hammet (serius nama ni tak tipu) pernah di cuba untuk mengganti tempat Adib,namun sempat perform satu show tapi entah kenapa tak jadi. Aku tanpa pikir panjang terus terima tawaran Coki malam itu jugak, tapi bersyarat. Aku request kalau nak rebrand balik Heroine, aku mau segala visual grafik band aku handle & lagu semua dalam bahasa Melayu. Coki pun setuju & begitulah cerita seterusnya.

Di awal penubuhan Heroine yang baru ini, kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Antara yang terawal adalah Coki, Aen, Jojo & Tariq. Aku join the group kemudian & yang terakhir adalah Khairi, gitaris dari band She's Nuclear untuk mengisi posisi Synthesizer/keyboard. Aku tak pernah kenal & jumpa bandmate yang lain kecuali Coki, Tariq & Khairi. Segala idea, pendapat kami kongsi bersama untuk membuat lagu. Kebiasaan nya Coki akan mulakan dengan idea gitar lalu di perhalusi oleh Tariq kemudiannya di masukkan bunyi drum, bass & synthesizer. Tugasan aku adalah yang terakhir sekali, iaitu membuat lirik & melodi untuk vokal. Lagu pertama yang digubah untuk  Heroine adalah lagu berjudul Judas. Setelah dimasukkan lirik baru, alhamdulillah semuanya setuju menandakan lagu seterusnya sudah boleh mula difikirkan. 


Artikel di atas merujuk kepada pengumuman Coki dalam temuramah bersama Bawahtanahrasmi mengenai kedatangan semula Heroine selepas sedekad tidak mengeluarkan apa-apa material & kemasukan anggota baru, iaitu Tariq (Clockwise) untuk posisi gitar kedua & A.A @ Adim Alibaba iaitu aku sendiri. Aku dah malu nak heboh aku main band. Biar kali ni aku senyap-senyap, tu yang guna initial A.A. Hahaha.

Perancangan Coki masa itu adalah untuk merilis album berjudul Judas, dari nama lagu yang telah dibuat sebelum ini. Namun segala perancangan berubah selepas kemasukan aku & Tariq. Ini kerana proses pertembungan idea & proses kreatif diantara kami berlaku lalu akhirnya jadilah apa yang ada sekarang.

Tiada rasa kekok bila bersama walaupun dalam dunia maya untuk menggemblengkan idea mencipta lagu. Keserasian ini tidak pernah aku rasai lagi melainkan bersama band lama aku, Silwayd sedekad yang lalu. Ini kerana kepercayaan terhadap kebolehan masing-masing. Muzik mereka lebih aggresif,  ala-ala Jesus & Mary Chain, Buzzcocks & struktur, permainan yang simple tapi ada impak bagi aku. Idea budak-budak muda ini sangat aku kagum & ini mendorong aku untuk bekerja lebih keras untuk menghasilkan lirik yang kaw.

Selama 4 bulan kami berusaha mencipta & menggubah, akhirnya ada 5 trek yang telah siap dalam bentuk standard demo, iaitu Judas, Serigala Kota, Debu Dunia, Kompas & Bang!. Kami sepakat dengan keputusan untuk merilis demo pengenalan kepada Heroine yang baru ini dengan memilih 2 lagu sahaja iaitu Serigala Kota & Bang! (plus Serigala Kota versi asal buatan aku, diberi nama Serigala Kota Versi Proto), maka termuncul lah idea dari aku untuk menamakan demo ini Pasca Hibernasi, bersempena dengan kebangkitan Heroine dari tidur setelah sedekad.


Pada 5 Julai 2019, Heroine telah dijemput oleh organizer di Kuching sebagai opening band bersama band lain, W.P Shh, Huha & Hayatunnafs sempena dengan kedatangan band legend dari Jakarta, White Shoes & The Couples Company. Pada masa yang sama band dari Kuala Lumpur iaitu Lust & Sweetass turut bergabung dalam jelajah promosi album mereka di acara ini. 


Aku turun ke Kuching bersama isteri 3 hari awal sebelum event, untuk berkenalan dengan bandmates  dan rehearsal untuk pertama kali bersama. Bonding time orang kata. Yes, masa itu kami semua baru berkenalan terutamanya dengan Jojo si pemain Bass dan Aen si pemukul Deram. Yang lain nya aku kenal dan pernah berjumpa sebelum ini. Sungguh ini betol-betol orang kata serasi, bila jamming bersama semua 5 lagu dalam satu sesi tanpa ada silap selama 3 jam. Boleh kata semua main tight, ada passion, disiplin & effort untuk persembahkan yang terbaik masa show sulong Heronie yang baru nanti. Sehinggalah di hari persembahan, Heroine cuma jamming 3 kali sahaja. Pada hari Jumaat, sehari sebelum show, kami dijemput ke konti radio Cats FM untuk ditemuramah.

Sesi temuramah di Cats FM, Kuching.



Semasa jamming pertama kali di Oldwell Studio, Metrocity Matang, Kuching.


Pada hari event tersebut, Heroine adalah band yang kedua membuat persembahan selepas W.P. Shh yang bermula selepas Maghrib. Berikut adalah rakamana video Heroine yang telah diedit oleh Coki. 


Aku sangat berpuashati dengan persembahan pada malam itu. Hanya 4 lagu sahaja kami mainkan iaitu Bang!, Debu Dunia, Serigala Kota & Kompas. Agak ramai sahabat-sahabat lamaku datang dan terkejut dengan kemunculan aku bersama band Heroine. Alhamdulillah sambutan yang baik bila Demo Pasca Hibernasi hampir habis dijual pada malam itu, hanya tinggal 2,3 keping daripada 20 keping yang dijual. Terima kasih buat isteriku Liza & isteri Coki kerana menjaga booth jualan CD band. Pada malam itu perasaan bercampur baur kerana reaksi dan sambutan orang. Aku tidak boleh terlalu gembira kerana ini baru permulaan. Ada yang suka dan ada yang tidak, itu kita tidak tahu, memang kita tak boleh nak jangka sebab citarasa orang lain-lain. Mengetahui serba sedikit hati budi orang sini, ada juga yang iri hati tidak bersebab kerana kemunculan aku bersama Heroine. Komen macam-macam itu sudah tentu, tapi sembang belakang-belakang. Antara yang sumbang aku dengar, Apasal Adim main dengan band budak-budak? 🤣 Sungguh cetek pemikiran begitu. Untuk apa aku peduli dengan cakap orang, sedangkan kami berenam sangat menikmati hubungan akrab sebagai satu band. Memang itu yang aku mau selama ni, kesempurnaan dalam membuat persembahan, bukan sahaja keserasian, malah toleransi kami dalam berkarya yang membuatkan aku mula sayang pada produk baru aku ni, Heroine. Feedback di laman Facebook sanagt memberangsangkan, langsung buatkan kami lebih bersemangat untuk plan seterusnya.

Selepas selesai show di Kuching, masing-masing pulang ke tempat sarang dan fokus pada kerjaya & keluarga namun tetap berhubung berkogsi idea membuat lagu-lagu baru sehinggalah sekarang.   Mengikut perancangan, Heroine akan mula masuk dapur rakaman untuk Album pada hujung tahun ini (2019) memandangkan sudah mempunyai 7-8 lagu. Inshallah, nanti aku akan update berita seterusnya mengenai journey aku dalam muzik ni bersama Heroine 2.0.












Thursday, August 29, 2019

ANTARA PEREKA, MARHAEN & AHLI SIHIR




Pereka adalah orang yang mereka suatu bentuk solusi pada masalah-masalah komunikasi visual, jika di dalam konteks pereka grafik. Pereka juga adalah pekerja, tapi tidak semua pekerja adalah pereka. 
Pereka bergantung pada bakat yang ada, mood & otak 100% untuk menjana idea, yg mana tidak nampak dgn mata kasar & tidak boleh dirasa dengan sentuhan oleh mereka yg bukan pereka jika ia belom ditransfer ke skrin komputer.

Keselesaan diri adalah keutamaan, sebagai contoh gaya penampilan & pengurusan masa yang sedikit luar dari biasa. Mungkin asing di mata mereka yg bukan pereka & agak berbeza dari pekerjaan lain yg normal yg ada punch card,masok on time, balik on time, pakai tie, tuck in baju, berseluar slack, kasut kulit kilat, etc. 
Boleh dikatakan disiplin seorang pereka adalah usaha untok menstabilkan mood nya secara konsisten & sentiasa cuba berfikir di luar kotak, untuk kesinambungan buah fikiran yg baru saban hari. Proses kreatif mereka tidak boleh dijangka strukturnya. Maka, tidak pelik jika pereka kebanyakan cepat emosi, terutama membabitkan campurtangan mereka yang bukan ahli dalam bidang mereka atau menerima tekanan/bebanan kerja tanpa kawalan trafik.

Lebih parah jika pereka ini bertembung dengan mereka yang beranggapan pereka setanding ahli sihir/bomoh yg boleh melakukan silap mata siap skejap saja, tapi dalam masa yang sama tidak meletak tinggi nilai wang upah setanding hasil seni. Ada yang terpaksa atau dipaksa membuat rekaan secepat yang mungkin, tapi bila selesai, bahagian penerima iaitu bayaran pula lambat & ada yang cuba bargain harga serendah nilai secawan Teh Tarik, malah ada yang tidak dibayar langsung. Bagi mereka kerjaya pereka sungguh senang, bukak komputer tekan-tekan langsung jadi semuanya.

Percayalah, jika semua orang boleh buat seperti pereka, tiada siapa yang sanggup untuk menghadap skrin berjam-jam bersengkang mata bila tiba-tiba baru dapat idea jam 2 pagi untuk buat kerja walaupun sekecil sperma saiznya di kala semua dibuai mimpi, kerana tunjang utama pereka untuk berkarya adalah mood & ruang untuk berfikir & berkreatif, maka percayalah dengan hasil pereka & hargailah masa mereka dengan bayaran yang setimpal dan permintaan yg logik akal.

Monday, February 25, 2019

KONFIDEN AYAM

Aku memang akan post awal tahun je aku rasa. hewhewhew. Sekarang adalah tahun 2019. Dah masok penghujung Februari pun. Apa yg ingin aku kongsikan pada tahun ini ialah projek band lamaku pasca Silwayd iaitu Jaguan yg tiba2 muncol kembali.


Al kisahnya, masok tahun baru aku dihubungi oleh sahabat lama, Eddy Rahman seorang full time pemuzik juga pernah menjadi sessionist untuk band lama aku Silwayd sedekad yg lalu. Beliau mengajak aku untok bikin band. Aku sememangnya dah tiada hati untuk bermuzik selepas kecewa setiap kali ada projek juga tak pernah menjadi, yang pasti akan berakhir dengan aku seorang saja yg tinggal. Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Hahaha. Antara band yg pernah cuba nk dibikin projek sebelum ini ialah Jaguan (2009), The Night Act (2010-2013), Orangmutan (2016) dan ada few lagi yang aku sendiri pun dah tak ingat.

Ok berbalik kisah Eddy Rahman contact aku. Dari apa yang aku faham tentang hajat Eddy, dia nk bikin projek band tapi material takda lagi. Dalam hati aku, memang dh tiada dh rasa nak main muzik lagi, tapi bila pikir balik, ini LAST. Just try, this time maybe ada luck, who knows. Itulah yg bermain dalam kepala aku. So untuk memudahkan aku pun offerlah just guna nama Jaguan, projek lama aku dgn Tibet dulu memandangkan dah ada sepuloh lagu yang dh siap, cuma tinggal nk coloring sedikit untuk kasi mantap & dinamik. Eddy pun bersetuju & segala aturan band dia akan handle semua termasuk cari bandmate. Baki 2 orang lagi untuk join adalah 2 budak Sabah, sahabat kepada Eddy jugak iaitu Mizi (Bass) & Haidir (drum). Maknanya aku memang goyang kaki kali ni, sebab bahagian aku iaitu sediakan lagu, delivered. Tinggal part diorang (bandmate) sahaja lagi untuk ke next step, iaitu jamming & test keserasian. Oleh itu bermulalah cerita kartun.


Jam session kami berlansung selama 3 jam setiap kali. Dari apa yang aku perhati, minat masing2 ada, semangat ada. Serasi, belum tentu lagi sebab pertama kali jumpa pun tiada ramas-ramas, mesra-mesra sesi suai kenal. Jumpa terus jamming. hahaha. Apa yang dilihat dari video di atas, seperti itulah yang aku harapkan menjadi nanti, inshallah. Level konfiden aku bertambah & tak sabar nak naik stage. Sedekad aku rindu moment itu. Eddy memang rancang segalanya, show, jam session, band punya future plan pun ada (recording, mastering, etc.). Nikmat apa lagi yang aku tak bersyukur, hehehe. Namun kali ini, aku memang cuba untuk keep it low, tiada promosi pada kawan2, kenalan, saudara mara. Serik. Segan & malu. Aku gamble redah aje dengan Jaguan kali ni.


Pada 23 Februari 2019, Jaguan mendapat tempat untuk show pertama di Khizanat Hall, Ipoh sebagai band opening untuk Amir Jahari, jelajah untuk album kedua beliau, Siang dan Malam. Turut sama sebagai opening band malam itu ialah band dari Teluk Panglima Garang, Kolar Hijau. Aku nak kata teruja, tipu tak tapi aku cuba kawal diri tak nak nampak over excited. So aku sekadar chill je untuk sedapkan hati. Tawakal. Last jam session memang ok. Yang paling aku concern adalah Eddy dan drummer, Haidir. Last time masa Eddy join Silwayd sedekad lalu sebagai sessionist, ada sedikit isu dengan permainan beliau yg tidak pernah konsisten, sering berubah2 & tidak tetap. Haidir pulak, dia sentiasa merungut dan banyak komplen dalam segala hal dari awal perjumpaan band lagi. Skill drum tak improve2, hanya dengar satu genre saja iaitu Grunggey. Tambahan permainan drumnya masih belom mantap, tak tahu ikut metronome/tempo atau kata lain dia belum ada keyakinan & keserasian terutamanya dengan Eddy. Si basis, Mizi pula seorang yang sangat pemalu sampai kadang2 awkward bila dah tak tahu nak sembang apa bila bersama. Senang cerita, belom serasi & tiada komunikasi yg baik antara kami. Kami soundcheck paling lewat hari itu, 20 minit sebelum show start. hehe. Kami juga yang pertama akan membuka tirai. Fuh, janganlah barai...


Masa yang ditunggu pun tiba. Jam 8.40pm Jaguan naik ke atas stage. Aku bernasibaik lampu memang suluh tepat kat muka aku dan aku pun silau tak nampak orang lain tapi buat2 cool. Sumpah aku tak nampak crowd sangat. Lagipun crowd tak sampai sepuloh orang masa tu. hahaha. Stage fright aku pun kurang jadinya. Syukurnya di situ, tiada gemuruh. Aku kasi intro sikit bebel2 dalam 2-3 minit so lagu pertama pun start lah iaitu Musafir.

Gitar Eddy macam biasa, masok dengan gaya ambien, space echo nya sekali dengan drum Haidir. Sepatutnya hanya dua bar part intro barulah masok bass dan vokal aku. Tunggu punya tunggu dah nak dekat 6x ulang2 part intro tapi takda Q nak masok next part, aku pun pelik. Ape ke hal tak masok2 bass part verse?? Aku jeling Mizi, dia pun macam tunggu aku. Yang lain pun sama, Eddy & Haidir, macam tunggu aku masok menyayi. Ya rabbi, diorang rupanya tukar last minit structure lagu, so Bass off course dah tukar tak seperti yang sebelum ini, yang aku harapkan sebagai Q untuk aku masok nyanyi, berbeza sungguh dengan yang di jam sebelum itu. WTF? Ini dah mencacatkan rupa showmanship aku, nampak macam orang tua baru nk belajar menyanyi & tak tau nk masok part nyanyi bila. Sedih... Aku pun hentam lah masok nyanyi. Sejarah lama berulang balik..

Ingatkan takat tu je saat gentingnya, sekali masok chorus Eddy tak kawal vokal dia masa nak backup vokal aku untuk buat harmony, kuat pulak tu terus aku tak dengar vokal tau2 bunyi echo macam out tune. Ye lah, kau nyanyi tetiba terkejut dengar suara dia tetiba nyaring suara aku pun terpeleot, out tune. Serius sungguh potong aku rasa masa itu. Sampai abis lagu Musafir aku tak nak pandang crowd. Ending Musafir pun ketara cacatnya bila pukulan drum Haidir ada yg tak perfect & ada yang part dia tak ketok, rongak.

Habis je lagu tu aku terus bagitau crowd lagu next song Jaguan iaitu Sleeping Lullaby dengan sedikit kata-kata mengarut untuk lengahkan masa bagi yang lain setting instrument. Lagu ini paling ditunggu-tunggu oleh beberapa orang yang datang yang ada antaranya adalah sahabat-sahabat, memandangkan aku dah berjanji nak bawak lagu ni balik after 10 years. Start je Sleeping Lullaby aku dh rasa semacam bunyi gitar. Masok je drum, jem kepala aku. Lagu jadi laju! Bass kelaut tak dengar, bunyi macam pecah. Masyallah. Muka aku dah start rasa kembang kuncup, ada rasa haba keluar di telinga. Aku mula cabut microfon dari stand, rasa tak keruan. Start je nyanyi, aku terkejar2 dengan tempo laju tu. Terus potong mood aku. Macam biasa, suara Eddy sebagai backup melebihi suara main vocal. Memang aku rasa macam badut malam itu.

Last song, Tunggu Sebentar. Tiada apa lagi aku expect untok ini, memang akan hancur jugak. Ya, benar. Part singalong lagu ni yang paling jahanam. Diulang lagi, Eddy terkuat vokal masa part 'Aaaaaa..' Betapa malunya aku dengan show malam itu, serupa macam band jamming budak balik dari sekolah. Gosh... benar-benar diluar jangkaan aku. Hahaha. Padan muka kau dim.

Abis je lagu last tu, betapa hambarnya tepukan crowd. hahaha. Aku dengan rendah diri mohon berundur dari stage gitu je tanpa ucap terima kasih pada organizer dan yang terbabit. Sungguh, bagi effect yang burok pada mood aku malam itu. Amir Jahari punya performance pun aku tak tengok, punyalah frust. Cuma tengok band Kolar Hijau je. Nak dibandingkan dengan diorang, kami memang jauh panggang dari api dari segi quality, showmanship, song arrangement, segalanya lah. Bukan nak bandingkan band siapa yang terbaik. Niat aku main band pun NOT FOR NAME, JUST FOR FUN. Yes, tapi still kena buat yang terbaik untuk audience, bukannya syok sendiri. Aku anggap kehebatan band lain itu sebagai motivasi, iri hati sumpah tidak.

Soundman Khizanat adalah kawan aku jugak, budak Ipoh bernama Zam. Sampaikan dia tegur, band Jaguan ni tak tight lagi, obviously. Kami cuma bernasib baik malam itu crowd tak ramai. Bandmate aku, macam biasa sorang tuding jari pada sorang ni. Aku cuma mampu dengar. paling banyak merungut, macam biasa lah, drummer Haidir.



Aku boleh terima jika kekurangan ini disebabkan kami baru practice jam 3kali (gelojoh nak terus main walaupun tahu belum cukup padu), tetapi aku tak boleh terima bila masa live performance segalanya diubah tanpa berbincang atas dasar syok sendiri itu aku pantang. Bergerak as a band bukan tentang kau hero atau power atau nak paling menonjol antara lain. Jika aku selfish, aku dah pilih untuk solo ambik mana2 sessionist senang2 jalan terus. Tapi aku lebih feel bila ber-band, kerana aku percaya pada friendship boleh buatkan sesuatu karya jadi berwarna-warni dan lebih dinamik bila diolah dalam lagu/muzik. Tambahan aku memang buta instrumen.

Malam itu betol-betol hampir buatkan aku murung, decide nak quit muzik terus. Sungguh aku kecewa benar. Namun jauh dalam hati aku pujuk, give another try..baru 1st show. Hahaha. Dengan usia kau yang sekarang, macam terlambat nak mula balik sebenarnya. Aku pulak dah terlanjur promote di laman sosial beberapa hari sebelum tu, so ada la beberapa kenalan yang memang menunggu video show tu. Mano den nak lotak muko den ni. Demmit. Aku cuma mampu reply, kitorang punya show tak best, malu nak tunjuk. Ha, gitu..


Melalui gambar ini sahaja kau dah tahu, something wrong dengan airmuka & body language masing2. Selepas show tempoh hari di Khizanat, aku terus rasa down sampai ke hari ni dok kenang, kalau teruskan jugak & kata kan same shit happen lagi, memang aku buat comeback ni untuk jadi laugh stock orang ramai je lah. Aku tak tahu lah macamana nak bikin lagi. Nak quit or nak teruskan? Fenin kefala...



Wednesday, April 11, 2018

ORANGMUTAN. BUKAN ORANGUTAN


ORANGMUTAN adalah projek ketiga aku yang bermula dari tahun 2016 lagi. Asalnya sahabat lama yang aku kenal dari zaman menuntut di UiTM Melaka (2002-2005), Fizi guitaris band From Cadillac To Geisha asal Seremban menghubungi bertanyakan status terkini aku. Kena pulak masa itu aku masih melayan kecewa bila Tibet dah pindah balik ke Kuching  (2014) & terbantutnya Jaguan separuh jalan, jadi ini dikira pengganti rasa rindu untuk berlagu.

Sebelum itu, kami pernah berhubung dalam dunia maya, berkongsi minat pada gadget music elektronik; Synthesizer, drum machine, etc.. Selepas mendengar lagu Jaguan bertajuk Musafir, Fizi menghubungi & melamar aku untuk berkolaborasi bersamanya untuk menggubah lagu tersebut dengan nafas baru.




Selepas berbincang & mendapat restu dari Tibet, maka Musafir telah digubah & diolah semula sebagai trek baru untuk Orangmutan. Pada tahun 2017, kami memulakan rakaman Musafir di satu studio di Melawati namun aku berasa tidak puas dengan kualiti dan mood lagu ini bila siap. Mungkin pantang aku adalah bila orang mengubah struktur lagu & melodi serta cara vokal aku menyanyi maka hasilnya sebuah lagu yang tiada jiwa. Satu kesilapan bila merakam dengan orang yang bukan arif pasal muzik yang bukan biasa-biasa. Hahaha. Ada ke patut aku nak dipesen nya jadi macam Hafiz AF. Allahu~ Akhirnya Musafir digantung seketika pembikinannya.

Rakaman di Bandar Melawati.


Tidak lama selepas kecewa dengan rakaman yang hambar itu, aku come out dengan satu idea yg datang masa aku lapar, tengah malam. Aku terdengar sayup suara bernyanyi tapi tak pasti siapa & apa yg dinyanyi. Dari situ lahirlah trek SERIGALA, yang liriknya pendek dan ringkas.


Mungkin pengaruh daripada Depeche Mode, Orchestral Manouvers in the Dark, New Order Sparks antara punca idea ini menjadi. Aku mula melayan muzik era 80an masa zaman aku menuntut di UiTM Shah Alam (2006-2008). Bermula dari situ aku menggali sampailah ketemu sama term, New Romantic. Zaman agung fesyen flamboyant.  OK ini takda kaitan.



Projek ini, sejak dari awal memang dijangka memakan masa yang panjang, di atas persetujuan kedua kami juga kerana faktor komitmen & kerjaya masing-masing. Boleh dikatakan kami bermain muzik just for fun, not for name. Kepuasan kami jika diikutkan setakat lagu siap pun sudah memadai namun jika menjangkau lebih, itu rezeki.

Perancangan untuk masa depan Orangmutan ini, masih samar-samar. Banyak yang perlu diperbaiki lagi. Aku bukanlah tidak yakin tapi dengan hanya berdua mungkin jadi punca kami tidak bergerak sangat. 










Monday, April 9, 2018

KEGILAAN APAKAH INI?



Genap 4 tahun yang lepas, tahun 2013 aku pertama kali kenal dengan benda yang bernama Airsoft ni daripada girlpren aku (sekarang bini). Sebabnya abang sedara beliau adalah founder kepada satu team lokal bermain sukan ini, dikenali sebagai MSDG (Military Simulation Development Group). 

Aku sebelum tu memang tak pernah langsung tahu kewujudan natang ni. Yang aku tau kalau ada sport @ aktiviti related dengan shooting hanyalah sukan paintball. Memandangkan aku memang minat dari kecik apa-apa pun yg berkait dengan military, jadi mudah bagi aku untuk menjana minat pada sukan baru ini sebagai hobi. 

Tak perlu cerita detail lah memandangkan sukan ini pun masih illegal di Malaysia. Google sudah. Di sini aku kongsikan sedikit beberapa gambar dari awal mula aku main sukan lasak ini. 


Gambar ini diambil ketika game pertama aku, hujung tahun 2013. Muka macam sibai. Hahaha.  FYI, aku menjerit keluar suara pompuan masa kena kejar dgn enemy + aku kencing kat belakang building masa game sedang berlansung tanpa sedar aku dipasang camera di kepala. Nasibaik tak tunduk masa adjust bebird. Cam haram. 



Gambar- gambar di bawah ini dari 2nd game yg aku join di lokasi yg sama, abandoned condo sekitar Sepang. Tahun yang sama, 2013.






Ini pula adalah 3rd game aku dimana ianya dibuat ketika malam. Kononnya Night Operation lah ni. Banyak nyamuk. Hehehe. Seriously, dia punya thrill tu macam senario perang betol.





Game yang ini pulak berlangsung di abandoned shoplot, ada 4 blok semuanya, tengah2 padang. One of the best venue untuk main airsoft tapi sekarang sudah takda. Kalau tak silap ini sekitar tahun 2014. Nampak my gilpren  (sekarang bini) turun sekali setiap kali ada game, karena beliau merangkap fotografer MSDG secara tidak lansung. Hehehe







Game site yg ini syok juga sebab berlangsung dalam hutan & berlawan dengan team lain. Sekitar tahun 2014.






Ini pulak last battle aku join (tahun 2015) di Bukit Nuang before stop sekejap memberi ruang untuk preparation nak kahwin.




2 years later, aku pun kembali beraksi dengan perut yang lebih boroi & pipi yg bulat. Apapun sangat lega selepas dapat melempiaskan nafsu yg lama terpendam ini. Ohh.. ketagihan ini sama seperti obses pada hubungan kelamin gitu. This is my kinda porn.