Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Salam kepada semua rakan-rakan,

Munculnya Syawal, maka berakhirlah 30 hari dugaan yang penuh cabaran. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Maaf andai ada terlanjur kata selama perkenalan, makan minum terambil curi (desperate lapar kot) - sebelum puasa OK, tertampar sepak terajang. Tak berniat. Tapi dah terlanjur, maaf lah jawabnya.

Menjelang Raya tahun ini, bahangnya kurang. Mungkin sebab kesibukan menghadap kerja sekolah yang menimbun, jadi nafsu hendak membeli belah pun terbantut, fikirkan priority pada pembelajaran. Tapi kelainannya dari tahun-tahun yang lain, tahun 2008 ini saya akan beraya di kampung halaman, Spaoh nun terletak di kepulauan Borneo, +200km dari bandaraya Kuching.

Selama hampir 9 tahun merantau belajar di Malaya, 7 kali raya dah tak balik. Feel memang lain. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagi syok di negeri sendiri. Quote yang sangat tepat. Mana-mana pergi merantau pun, hati tetap dekat dengan kampung halaman. Apa-apa pun, saya ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan-kawan yang pernah memberi peluang menumpang kasih beraya bersama. Banyak benda asing yang baru.

Apa-apa pun, diharap raya tahun ini memberi seribu makna buat kalian Muslimin. Insyallah.

Mainstream, Underground dan Independent. Apakah?

Kekeliruan terhadap term Indie, Underground dan Mainstream sering menular sehingga ketiga-tiga platform ini serabut, lalu menjadi trademark personaliti, yang mana kadang-kadang di salah ertikan sebagai fesyen, identiti individu dan juga menjadi sebutan yang cool untuk menunjukkan diri berada di tempat kalangan golongan peminat muzik, yakni individual poser / groupy.

Berikut adalah fakta mengenai ketiga-tiga platform ini, yang dibuat melalui kajian, koleksi dari data primar dan sekunder, selain menjadi subjek matter saya dalam menghasilkan tesis. Namun saya kongsikan juga kepada kalian memandangkan perlunya info ini mendapat tatapan umum, seperti anda peminat muzik.

Jenis-jenis muzik aliran Mainstream adalah yang sedap didengar/radio friendy, dekat kepada society atau dalam kata lain muzik yang selalu didengar keluar dari mana² media massa seperti Pop Balada, Dangdut, R&B, Rock, etc. Kebanyakannya disupport oleh major recording labels (EMI, Sony Music, BMG, etc.). Ia bertanggungjawab dalam bahagian marketing music recordings dan music videos, disebalik itu juga ia menguruskan hal brand dan trademarks; pengeluaran CD, kilang, distribusi, promosi, dan copyright protection lagu² dan muzik video artis. Dibawah record label,artis hanya datang utk recording, show dan follow company instructions and rules, memandangkan mereka telah sain kontrak dalam tempoh yang tertentu.Setiap promosi dilakukan oleh pihak ini. Si artis hanya akan menunggu royalti hasil jualan abum dan duit bayaran show.

Manakala Underground adalah sebuah platform bebas untuk berkarya tanpa batasan, yang rata-rata lagunya dihasilkan mengikut citarasa sendiri serta lebih berunsurkan agresif ekspresi, politikal, idea yang berat dan hanya boleh diterima sebilangan orang. Kelompok ini mempunyai culture & attitude tersendiri, seperti Skinhead, Punk, dan Hardcore sebagai teras. Diantara jenis-jenis music aliran ini seperti Metal, Street Punk, Hardcore, Oi! dan banyak lagi jenis muzik yang baru sudah pun lahir melalui proses crossover, seperti Crustcore, Metalcore, Ambient, Experimental, Pop Punk dan sebagainya.

Independent dalam term music lebih dikenali dengan nama singkatan Indie, iaitu golongan musician yang berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dari major label. Seratus peratus adalah hasil titik peluh sendiri, dari proses rekoding sehinggalah distribusi. Musik yang dimainkan bebas, tidak kiralah jenis apa pun, sama ada jazz, blues, ska, rock, pop, dangdut, reggae, hip hop dan sebagainya. Sesetengah individu keliru dengan term ini. Ada sesetengah yang berpendapat Indie adalah genre muzik. Namun melalui kajian dan perbandingan yang dilakukan, ternyata ia adalah sebuah platform bagi golongan kreatif ini dalam menghasilkan muzik radio-friendly, mengikut citarasa musician itu sendiri.

Impak dari band - band Indie ini dilihat lebih berkesan kepada audien yang mencari kelainan selain citarasa dari aliran Mainstream, namun tidaklah pula begitu berat ke arah Underground. Ia ibarat gempak suam-suam kuku. Ini kerana penyebaran materialnya masih terhad,seperti yang dinyatakan tadi, seratus peratus adalah buatan sendiri yang mana dalam hal ini menyentuh kepada distribusi. Sebagai contoh, kita ambil band Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan sealiran dengannya. Saya hairan bilamana ada individu yang memboikot band-band Indie yang dikatakan meminta bayaran, walhal mereka cuba untuk meraih rezeki. Wahai kalian, patut dihighlightkan disini bahawa, itulah hak band Indie, untuk terus hidup.

Ketiga-tiga aliran ini, Mainstream, Underground dan Independent juga sering berkait rapat, bilamana salah satunya convert ke salah satu aliran itu. Bermula sebagai Indie artis, kemudiannya mendapat tawaran dari major label utk kemudahan distribusi, pengilangan, hakcipta dan sebagainya. Otomatis menjadi mainstream. Contoh terdekat adalah, Blur, The Flaming Lips, Oasis, Pulp, Too Phat, OAG, Flop Poppy dan banyak lagi. Ini adalah proses yang sihat bagi seseorang musician atau band, atau dalam kata lain, rezeki atau bonus. Begitu juga dengan Underground. Antara contoh ketara peralihan dari aliran ini, band Sham 69, Sex Pistols, Cradle of Filth, Soldiers of Allah, A.C.A.B. dll.


Jadi kepada anda, individu yang tidak mengerti apa-apa mengenai ini, yang sering meludah keluar perkataan ini sebagai trademark individual, bangkit dan belajarlah membaca, buatlah kajian, internet dah ada, kalau ke perpustakaan pun dah malas nak pegi.