Wednesday, June 17, 2020

ADIM COVER VERSION: PART 01 - EVERYTHING WILL FLOW BY SUEDE




Setelah reda sedikit penularan wabak Covid 19, rutin harian warga kembali seperti biasa, dengan sedikit berjaga-jaga terutamanya dalam beraktiviti dan bersosial. Masih perlu menjarak kan diri dan mengehadkan segala pergerakan merentas daerah/negeri. 

Sepanjang PKP ini juga, aku giat meng'cover' beberapa lagu kebiasaan bagi aku, yang aku pernah gunakan sebagai medium belajar vokal ku secara amatur 2 dekad yang lalu, ketika zaman sekolah lagi. Antaranya Suede, Blur, James, Supergrass, Mansun, The Lightning Seeds dan banyak lagi lah, rata-ratanya muzik dari zaman 90an, berirama Alternatif & Britpop, sudah tentu.

Album Headmusic, dirilis pada tahun 1999.

Suede adalah influence terawal aku dalam bermuzik. Aku mula dengar Suede dari album  Coming Up (1996) & Head Music (1999). Zaman tu zaman kaset, aku kumpul duit hari-hari,  beli seminggu sekali, berkat dapat duit kerja tolong mak di kantin setiap kali habis sekolah.  Aku masih naik basikal zaman tu. Bila duit dah cukup, aku kayuh laju-laju ke Tabuan Jaya Commercial Centre untuk pegi ke kedai muzik, aku pun dah lupa nama (kedai dah tutup, lokasi belakang Teck Kong Trading) & beli kaset yang aku nak. Biasanya aku akan tanyakan sekali kalau ada poster-poster yang free untuk aku ambik. hehe. Aku ingat lagi amoi kedai tu aku panggil Tokey Neo, sangat style, berambut pendek short cropped colour hijau, bersubang di hidung, pakai body fit shirt, seluar baggy fila & kasut boot ala DocMart.

Suasana di Tabuan Jaya Commercial Centre.

Tradisi biasa selepas membeli kaset, aku balik cepat ke rumah, masok bilik, kunci pintu & setting untuk santai sambil dengar kaset. Belek, baca credit sambil cium bau inlay tu biasa. Pensel kena ada standby, takut tape sangkut. Hehe. Part paling best bila lagu masuk, kau follow baca lirik. Hanyut dengan melodi asyik Suede. Dari situlah aku belajar vokal sambil menyanyi follow lagu sebenar yang sedang dimainkan. Itupun aku praktikkan sedekad selepas itu bila aku mula bermain band.

Vokal Brett Anderson yang gedik unik, sedikit sebanyak mempengaruhi lenggok vokal ku ketika bersama band lama Silwayd, obviously. Boleh kata semua lagu Silwayd ada pengaruh Brett terutamanya lagu Beauty Scenery. Dari gaya berseluar flare bootcut, body fit tee, bersubang sebelah, rambut panjang di depan pendek di belakang, semua itu aku pernah follow kerana obses 😆 

Untok sesi cover kali ini, aku pilih trek Everything Will Flow dari album ke 4 Suede berjudol Head Music yang dirilis pada Mei 1999. Secara personal ia dipilih kerana aku ada kenangan dengan lagu ini. Vibe 90s nya yang terlalu kuat, sehinggakan kadang-kadang bila aku mendengar kembali album ini, seolah-olah aku menjengah dunia lamaku, kembali melihat imej-imej vivid masa lalu.

Cover CD single Everything Will Flow, rekaan kulit oleh Peter Saville.

Mungkin sedikit berbeza, aku ubah sedikit ikut selera aku ya. Jika aku nyanyi sebijik macam Brett, apa beza aku dengan set Karaoke. Jadi anggaplah versi ini luahan peribadi aku. Perghh. Selamat mendengar.



EVERYTHING WILL FLOW

Watch the early morning sun 
Drip like blood from the day 
See the busy people run 
So many games to play 
See the blue suburban dream 
Under the jet plane sky 
Sleep away and dream a dream 
Life is just a lullaby
Oh, and everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
Watch the day begin again 
Whispering into the night 
See the pretty people play 
Hurrying under the light 
A million cars, a million trains, 
Under the jet plane sky 
Nothing lost and nothing gained 
Life is just a lullaby
Oh, and everything will flow 
Oh, I said everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
Oh, and everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
The neon lights in the night tonight 
Will say "everything will flow" 
The stars that shine in the open sky 
Will say "everything will flow" 
The lovers kissed with an openness 
Will say "everything will flow" 
The cars parked in the hypermarket 


Know "everything will flow"

No comments: