Aku memang akan post awal tahun je aku rasa. hewhewhew. Sekarang adalah tahun 2019. Dah masok penghujung Februari pun. Apa yg ingin aku kongsikan pada tahun ini ialah projek band lamaku pasca Silwayd iaitu Jaguan yg tiba2 muncol kembali.
Al kisahnya, masok tahun baru aku dihubungi oleh sahabat lama, Eddy Rahman seorang full time pemuzik juga pernah menjadi sessionist untuk band lama aku Silwayd sedekad yg lalu. Beliau mengajak aku untok bikin band. Aku sememangnya dah tiada hati untuk bermuzik selepas kecewa setiap kali ada projek juga tak pernah menjadi, yang pasti akan berakhir dengan aku seorang saja yg tinggal. Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Hahaha. Antara band yg pernah cuba nk dibikin projek sebelum ini ialah Jaguan (2009), The Night Act (2010-2013), Orangmutan (2016) dan ada few lagi yang aku sendiri pun dah tak ingat.
Ok berbalik kisah Eddy Rahman contact aku. Dari apa yang aku faham tentang hajat Eddy, dia nk bikin projek band tapi material takda lagi. Dalam hati aku, memang dh tiada dh rasa nak main muzik lagi, tapi bila pikir balik, ini LAST. Just try, this time maybe ada luck, who knows. Itulah yg bermain dalam kepala aku. So untuk memudahkan aku pun offerlah just guna nama Jaguan, projek lama aku dgn Tibet dulu memandangkan dah ada sepuloh lagu yang dh siap, cuma tinggal nk coloring sedikit untuk kasi mantap & dinamik. Eddy pun bersetuju & segala aturan band dia akan handle semua termasuk cari bandmate. Baki 2 orang lagi untuk join adalah 2 budak Sabah, sahabat kepada Eddy jugak iaitu Mizi (Bass) & Haidir (drum). Maknanya aku memang goyang kaki kali ni, sebab bahagian aku iaitu sediakan lagu, delivered. Tinggal part diorang (bandmate) sahaja lagi untuk ke next step, iaitu jamming & test keserasian. Oleh itu bermulalah cerita kartun.
Jam session kami berlansung selama 3 jam setiap kali. Dari apa yang aku perhati, minat masing2 ada, semangat ada. Serasi, belum tentu lagi sebab pertama kali jumpa pun tiada ramas-ramas, mesra-mesra sesi suai kenal. Jumpa terus jamming. hahaha. Apa yang dilihat dari video di atas, seperti itulah yang aku harapkan menjadi nanti, inshallah. Level konfiden aku bertambah & tak sabar nak naik stage. Sedekad aku rindu moment itu. Eddy memang rancang segalanya, show, jam session, band punya future plan pun ada (recording, mastering, etc.). Nikmat apa lagi yang aku tak bersyukur, hehehe. Namun kali ini, aku memang cuba untuk keep it low, tiada promosi pada kawan2, kenalan, saudara mara. Serik. Segan & malu. Aku gamble redah aje dengan Jaguan kali ni.
Pada 23 Februari 2019, Jaguan mendapat tempat untuk show pertama di Khizanat Hall, Ipoh sebagai band opening untuk Amir Jahari, jelajah untuk album kedua beliau, Siang dan Malam. Turut sama sebagai opening band malam itu ialah band dari Teluk Panglima Garang, Kolar Hijau. Aku nak kata teruja, tipu tak tapi aku cuba kawal diri tak nak nampak over excited. So aku sekadar chill je untuk sedapkan hati. Tawakal. Last jam session memang ok. Yang paling aku concern adalah Eddy dan drummer, Haidir. Last time masa Eddy join Silwayd sedekad lalu sebagai sessionist, ada sedikit isu dengan permainan beliau yg tidak pernah konsisten, sering berubah2 & tidak tetap. Haidir pulak, dia sentiasa merungut dan banyak komplen dalam segala hal dari awal perjumpaan band lagi. Skill drum tak improve2, hanya dengar satu genre saja iaitu Grunggey. Tambahan permainan drumnya masih belom mantap, tak tahu ikut metronome/tempo atau kata lain dia belum ada keyakinan & keserasian terutamanya dengan Eddy. Si basis, Mizi pula seorang yang sangat pemalu sampai kadang2 awkward bila dah tak tahu nak sembang apa bila bersama. Senang cerita, belom serasi & tiada komunikasi yg baik antara kami. Kami soundcheck paling lewat hari itu, 20 minit sebelum show start. hehe. Kami juga yang pertama akan membuka tirai. Fuh, janganlah barai...
Masa yang ditunggu pun tiba. Jam 8.40pm Jaguan naik ke atas stage. Aku bernasibaik lampu memang suluh tepat kat muka aku dan aku pun silau tak nampak orang lain tapi buat2 cool. Sumpah aku tak nampak crowd sangat. Lagipun crowd tak sampai sepuloh orang masa tu. hahaha. Stage fright aku pun kurang jadinya. Syukurnya di situ, tiada gemuruh. Aku kasi intro sikit bebel2 dalam 2-3 minit so lagu pertama pun start lah iaitu Musafir.
Gitar Eddy macam biasa, masok dengan gaya ambien, space echo nya sekali dengan drum Haidir. Sepatutnya hanya dua bar part intro barulah masok bass dan vokal aku. Tunggu punya tunggu dah nak dekat 6x ulang2 part intro tapi takda Q nak masok next part, aku pun pelik. Ape ke hal tak masok2 bass part verse?? Aku jeling Mizi, dia pun macam tunggu aku. Yang lain pun sama, Eddy & Haidir, macam tunggu aku masok menyayi. Ya rabbi, diorang rupanya tukar last minit structure lagu, so Bass off course dah tukar tak seperti yang sebelum ini, yang aku harapkan sebagai Q untuk aku masok nyanyi, berbeza sungguh dengan yang di jam sebelum itu. WTF? Ini dah mencacatkan rupa showmanship aku, nampak macam orang tua baru nk belajar menyanyi & tak tau nk masok part nyanyi bila. Sedih... Aku pun hentam lah masok nyanyi. Sejarah lama berulang balik..
Ingatkan takat tu je saat gentingnya, sekali masok chorus Eddy tak kawal vokal dia masa nak backup vokal aku untuk buat harmony, kuat pulak tu terus aku tak dengar vokal tau2 bunyi echo macam out tune. Ye lah, kau nyanyi tetiba terkejut dengar suara dia tetiba nyaring suara aku pun terpeleot, out tune. Serius sungguh potong aku rasa masa itu. Sampai abis lagu Musafir aku tak nak pandang crowd. Ending Musafir pun ketara cacatnya bila pukulan drum Haidir ada yg tak perfect & ada yang part dia tak ketok, rongak.
Habis je lagu tu aku terus bagitau crowd lagu next song Jaguan iaitu Sleeping Lullaby dengan sedikit kata-kata mengarut untuk lengahkan masa bagi yang lain setting instrument. Lagu ini paling ditunggu-tunggu oleh beberapa orang yang datang yang ada antaranya adalah sahabat-sahabat, memandangkan aku dah berjanji nak bawak lagu ni balik after 10 years. Start je Sleeping Lullaby aku dh rasa semacam bunyi gitar. Masok je drum, jem kepala aku. Lagu jadi laju! Bass kelaut tak dengar, bunyi macam pecah. Masyallah. Muka aku dah start rasa kembang kuncup, ada rasa haba keluar di telinga. Aku mula cabut microfon dari stand, rasa tak keruan. Start je nyanyi, aku terkejar2 dengan tempo laju tu. Terus potong mood aku. Macam biasa, suara Eddy sebagai backup melebihi suara main vocal. Memang aku rasa macam badut malam itu.
Last song, Tunggu Sebentar. Tiada apa lagi aku expect untok ini, memang akan hancur jugak. Ya, benar. Part singalong lagu ni yang paling jahanam. Diulang lagi, Eddy terkuat vokal masa part 'Aaaaaa..' Betapa malunya aku dengan show malam itu, serupa macam band jamming budak balik dari sekolah. Gosh... benar-benar diluar jangkaan aku. Hahaha. Padan muka kau dim.
Abis je lagu last tu, betapa hambarnya tepukan crowd. hahaha. Aku dengan rendah diri mohon berundur dari stage gitu je tanpa ucap terima kasih pada organizer dan yang terbabit. Sungguh, bagi effect yang burok pada mood aku malam itu. Amir Jahari punya performance pun aku tak tengok, punyalah frust. Cuma tengok band Kolar Hijau je. Nak dibandingkan dengan diorang, kami memang jauh panggang dari api dari segi quality, showmanship, song arrangement, segalanya lah. Bukan nak bandingkan band siapa yang terbaik. Niat aku main band pun NOT FOR NAME, JUST FOR FUN. Yes, tapi still kena buat yang terbaik untuk audience, bukannya syok sendiri. Aku anggap kehebatan band lain itu sebagai motivasi, iri hati sumpah tidak.
Soundman Khizanat adalah kawan aku jugak, budak Ipoh bernama Zam. Sampaikan dia tegur, band Jaguan ni tak tight lagi, obviously. Kami cuma bernasib baik malam itu crowd tak ramai. Bandmate aku, macam biasa sorang tuding jari pada sorang ni. Aku cuma mampu dengar. paling banyak merungut, macam biasa lah, drummer Haidir.
Aku boleh terima jika kekurangan ini disebabkan kami baru practice jam 3kali (gelojoh nak terus main walaupun tahu belum cukup padu), tetapi aku tak boleh terima bila masa live performance segalanya diubah tanpa berbincang atas dasar syok sendiri itu aku pantang. Bergerak as a band bukan tentang kau hero atau power atau nak paling menonjol antara lain. Jika aku selfish, aku dah pilih untuk solo ambik mana2 sessionist senang2 jalan terus. Tapi aku lebih feel bila ber-band, kerana aku percaya pada friendship boleh buatkan sesuatu karya jadi berwarna-warni dan lebih dinamik bila diolah dalam lagu/muzik. Tambahan aku memang buta instrumen.
Malam itu betol-betol hampir buatkan aku murung, decide nak quit muzik terus. Sungguh aku kecewa benar. Namun jauh dalam hati aku pujuk, give another try..baru 1st show. Hahaha. Dengan usia kau yang sekarang, macam terlambat nak mula balik sebenarnya. Aku pulak dah terlanjur promote di laman sosial beberapa hari sebelum tu, so ada la beberapa kenalan yang memang menunggu video show tu. Mano den nak lotak muko den ni. Demmit. Aku cuma mampu reply, kitorang punya show tak best, malu nak tunjuk. Ha, gitu..
Melalui gambar ini sahaja kau dah tahu, something wrong dengan airmuka & body language masing2. Selepas show tempoh hari di Khizanat, aku terus rasa down sampai ke hari ni dok kenang, kalau teruskan jugak & kata kan same shit happen lagi, memang aku buat comeback ni untuk jadi laugh stock orang ramai je lah. Aku tak tahu lah macamana nak bikin lagi. Nak quit or nak teruskan? Fenin kefala...
No comments:
Post a Comment