Wednesday, June 17, 2020

DUNIA KIMIA: TREK REJEK YANG HILANG



Sekarang masok hari ke 36 PKP. Baru teringat pasal blog yang dah lama ditinggal. Mujur dalam beberapa hari ni aku mengemas rumah & terjumpalah beberapa stuff lama zaman bujang. Antaranya rakaman lagu Dunia Kimia yang ke 6 direject untuk dimasukkan ke dalam EP terakhir Silwayd, Dunia Kimia tahun 2009, yang aku jumpa dalam hardisc lama. Jadi aku ingat better aku buat sesuatu sempena masa cuti panjang tak tahu hujung ini. 

 Lagu Dunia Kimia dicipta oleh aku dan Tibet sekitar tahun bulan April - August 2009 di Damansara Damai masa kami duduk menyewa zaman bujang bersama-sama rakan yang lain dari Sarawak. Fuh zaman struggle nak survive di tempat orang.  Aku takkan lupa zaman itu. Mungkin ada masa aku akan ceritakan apa yang terjadi zaman itu (2008 - 2011).

Berbalik pada Dunia Kimia. Riff gitarnya dicipta oleh Tibet, pengaruh dari lagu Nada Surf - Inside of Love dari album Let Go, obviously & aku tak pernah tahu pun masa mula-mula. Sehingga lah lirik siap, on the same day aku dapat lagu tu. Mood dia aku ingat nak ala-ala Brett Anderson konon, masih kuat lagi pengaruh dia dalam muzik aku masa itu. Tapi alih-alih bila dah jadi lain dari yang dijangka. Aku rasa vokal aku dalam ini yang paling ikhlas aku luah, Aku guna ton serendah yang mungkin yang jarang aku explore masa buat lagu. 

Maka dengan penemuan trek yang hilang ini, aku abadikan semula dalam bentuk video muzik, sekadar menjenguk mood lama zaman bujang ku bermain muzik bersama teman, buat tatapan mereka yang belum pernah mendengar dan tahu, juga buat mereka di masa akan datang yang mungkin belum wujud tika ini.



No comments: