Genap 4 tahun yang lepas, tahun 2013 aku pertama kali kenal dengan benda yang bernama Airsoft ni daripada girlpren aku (sekarang bini). Sebabnya abang sedara beliau adalah founder kepada satu team lokal bermain sukan ini, dikenali sebagai MSDG (Military Simulation Development Group).
Aku sebelum tu memang tak pernah langsung tahu kewujudan natang ni. Yang aku tau kalau ada sport @ aktiviti related dengan shooting hanyalah sukan paintball. Memandangkan aku memang minat dari kecik apa-apa pun yg berkait dengan military, jadi mudah bagi aku untuk menjana minat pada sukan baru ini sebagai hobi.
Tak perlu cerita detail lah memandangkan sukan ini pun masih illegal di Malaysia. Google sudah. Di sini aku kongsikan sedikit beberapa gambar dari awal mula aku main sukan lasak ini.
Gambar ini diambil ketika game pertama aku, hujung tahun 2013. Muka macam sibai. Hahaha. FYI, aku menjerit keluar suara pompuan masa kena kejar dgn enemy + aku kencing kat belakang building masa game sedang berlansung tanpa sedar aku dipasang camera di kepala. Nasibaik tak tunduk masa adjust bebird. Cam haram.
Gambar- gambar di bawah ini dari 2nd game yg aku join di lokasi yg sama, abandoned condo sekitar Sepang. Tahun yang sama, 2013.
Ini pula adalah 3rd game aku dimana ianya dibuat ketika malam. Kononnya Night Operation lah ni. Banyak nyamuk. Hehehe. Seriously, dia punya thrill tu macam senario perang betol.
Game yang ini pulak berlangsung di abandoned shoplot, ada 4 blok semuanya, tengah2 padang. One of the best venue untuk main airsoft tapi sekarang sudah takda. Kalau tak silap ini sekitar tahun 2014. Nampak my gilpren (sekarang bini) turun sekali setiap kali ada game, karena beliau merangkap fotografer MSDG secara tidak lansung. Hehehe
Game site yg ini syok juga sebab berlangsung dalam hutan & berlawan dengan team lain. Sekitar tahun 2014.
Ini pulak last battle aku join (tahun 2015) di Bukit Nuang before stop sekejap memberi ruang untuk preparation nak kahwin.
2 years later, aku pun kembali beraksi dengan perut yang lebih boroi & pipi yg bulat. Apapun sangat lega selepas dapat melempiaskan nafsu yg lama terpendam ini. Ohh.. ketagihan ini sama seperti obses pada hubungan kelamin gitu. This is my kinda porn.
No comments:
Post a Comment