Wednesday, October 8, 2008

VIDEO PERTAMA SILWAYD




Video terawal persembahan pertama band Silwayd, di Miami Bistro bandaraya Kuching, Sarawak tahun 2008. Masa ini ada aku, Edwin Jang Joseph sebagai lead gitaris, Khairul Azmin sebagai bassis, Mohd Taufiq sebagai gitaris kedua, Mohd Faizal sebagai pemukul deram. 

Monday, September 29, 2008

SALAM AIDILFITRI

Salam kepada semua rakan-rakan,

Munculnya Syawal, maka berakhirlah 30 hari dugaan yang penuh cabaran. Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Maaf andai ada terlanjur kata selama perkenalan, makan minum terambil curi - sebelum puasa tertampar sepak terajang. Tak berniat. Tapi dah terlanjur, maaf lah jawabnya.

Menjelang Raya tahun ini, bahangnya kurang. Mungkin sebab kesibukan menghadap kerja sekolah yang menimbun, jadi nafsu hendak membeli belah pun terbantut, fikirkan priority pada pembelajaran. Tapi kelainannya dari tahun-tahun yang lain, tahun 2008 ini aku akan beraya di kampung halaman, Spaoh nun terletak di kepulauan Borneo, +200km dari bandaraya Kuching.

Ini adalah rumah milik bapak aku di Spaoh yang diberi nama Anjung Layar Sari, bersempena dengan nama dua sungai iaitu Batang Layar dan Saribas.

Selama hampir 7 tahun merantau belajar di Malaya, banyak kali raya dah tak balik. Feel memang lain. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagi syok di negeri sendiri. Quote yang sangat tepat. Mana-mana pergi merantau pun, hati tetap dekat dengan kampung halaman. Apa-apa pun, aku ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan-kawan yang pernah memberi peluang menumpang kasih beraya bersama. Banyak benda asing yang baru aku dapat tau.

Apa-apa pun, diharap raya tahun ini memberi seribu makna buat kalian Muslimin. Insyallah.

Tuesday, August 12, 2008

THE HANS


The Hans, kugiran bebas dari bandar Ipoh, Perak telah merilis album pertama mereka, dengan muatan bersih 10 trek termasuk trek lama, Diary of Love yang diberi nafas baru, lebih segar dari Dentyne. Trek ini adalah antara yang menarik perhatian dari segi mood dan melodi. Sesuai sebagai pembuka selera. Anda pasti jatuh cinta.

Harga seunit adalah RM18, murah dan berbaloi dari segi kualiti, walaupun ia adalah produk D.I.Y. Berikut adalah 10 trek dari album The Hans:

1. Diary of Love
2. It's Not The First Time
3. The Friend Song
4. Daddy Know
5. You
6. Honey
7. I Alone
8. Nation
9. Holiday In The Sun
10. Sweet Surrender


Secara keseluruhan, lagu-lagu dalam album ini seiring dalam satu konsep, tidak lari style permainannya, dan secara peribadi saya katakan The Hans ada identiti.

Amat memuaskan, bukan sahaja sound arrangement, kualiti bunyinya malahan packagingnya sekali, yang mana menurut encik Elly dan rakan-rakan adalah seratus peratus hasil rakaman sendiri. Perlu dibangga kerana tanpa bergantung dengan mana-mana label, kugiran ini mampu menyelit di antara celahan barisan kugiran bebas tempatan yang lain. Boleh dikira dengan jari berapa banyak kugiran tempatan mambawa lagu English yang memiliki album, dan yang pasti The Hans adalah diantaranya. Aku percaya, dengan niat dan azam yang kuat, iniah hasilnya. Tahniah buat kugiran The Hans. Sila layari laman rasmi kugiran ini. Terajang guna jari di SINI.

Tuesday, July 22, 2008

BERITA SELULIT




Buat pengetahuan kalian, kugiran pop Borneo Silhoutte secara rasmi dan sebulat suara telah membuat keputusan untuk menukar ejaan asal nama kugiran mereka; Sillhoutte kepada Silwayd. Ia untuk memudahkan kalian mennyebut nama kugiran ini. Sehubungan dengan itu juga, Silwayd kini dalam proses rakaman untuk EP mereka yang akan datang. Dalam EP tersebut akan dimuatkan 6 trek, termasuk 3 trek yang diambil dari demo sebelumnya, diberi nafas baru untuk pendengar. Insyallah, akan rilis sebelum tahun 2009, sekiranya tiada apa halangan. 
Untuk info lanjut sila layari laman rasmi mereka, www.myspace.com/silwayd.
Di bawah ini adalah video rakaman busking Silwayd. Semoga terhibur. Sokongan dari saudara amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.


Silwayd akustika, Sleeping Lullaby - 2008