Thursday, August 29, 2019

ANTARA PEREKA, MARHAEN & AHLI SIHIR




Pereka adalah orang yang mereka suatu bentuk solusi pada masalah-masalah komunikasi visual, jika di dalam konteks pereka grafik. Pereka juga adalah pekerja, tapi tidak semua pekerja adalah pereka. 
Pereka bergantung pada bakat yang ada, mood & otak 100% untuk menjana idea, yg mana tidak nampak dgn mata kasar & tidak boleh dirasa dengan sentuhan oleh mereka yg bukan pereka jika ia belom ditransfer ke skrin komputer.

Keselesaan diri adalah keutamaan, sebagai contoh gaya penampilan & pengurusan masa yang sedikit luar dari biasa. Mungkin asing di mata mereka yg bukan pereka & agak berbeza dari pekerjaan lain yg normal yg ada punch card,masok on time, balik on time, pakai tie, tuck in baju, berseluar slack, kasut kulit kilat, etc. 
Boleh dikatakan disiplin seorang pereka adalah usaha untok menstabilkan mood nya secara konsisten & sentiasa cuba berfikir di luar kotak, untuk kesinambungan buah fikiran yg baru saban hari. Proses kreatif mereka tidak boleh dijangka strukturnya. Maka, tidak pelik jika pereka kebanyakan cepat emosi, terutama membabitkan campurtangan mereka yang bukan ahli dalam bidang mereka atau menerima tekanan/bebanan kerja tanpa kawalan trafik.

Lebih parah jika pereka ini bertembung dengan mereka yang beranggapan pereka setanding ahli sihir/bomoh yg boleh melakukan silap mata siap skejap saja, tapi dalam masa yang sama tidak meletak tinggi nilai wang upah setanding hasil seni. Ada yang terpaksa atau dipaksa membuat rekaan secepat yang mungkin, tapi bila selesai, bahagian penerima iaitu bayaran pula lambat & ada yang cuba bargain harga serendah nilai secawan Teh Tarik, malah ada yang tidak dibayar langsung. Bagi mereka kerjaya pereka sungguh senang, bukak komputer tekan-tekan langsung jadi semuanya.

Percayalah, jika semua orang boleh buat seperti pereka, tiada siapa yang sanggup untuk menghadap skrin berjam-jam bersengkang mata bila tiba-tiba baru dapat idea jam 2 pagi untuk buat kerja walaupun sekecil sperma saiznya di kala semua dibuai mimpi, kerana tunjang utama pereka untuk berkarya adalah mood & ruang untuk berfikir & berkreatif, maka percayalah dengan hasil pereka & hargailah masa mereka dengan bayaran yang setimpal dan permintaan yg logik akal.

No comments: