Tuesday, July 7, 2020

ADIM COVER VERSION: PART 03 - SATURDAY NIGHT BY SUEDE



Saturday Night adalah single ke 3 Suede untok album Coming Up yang dirills ngam pada hari jadi aku, 13 January 1999. Bagi yang membesar di zaman kegemilangan Britpop/Alternatif, trek ini semestinya ada dalam playlist. Jika peminat Suede, aku yakin setiap dari mereka ada memori di sebalik lagu ini. 

Kulit muka depan single Saturday Night oleh Suede.


Details.


Direkod pada tengah malam sabtu lepas, sesuai dengan tajuknya sambil-sambil mengimbau kembali mood zaman itu. Klasik. Untuk penyanyi amatur yang biasa nyanyi dalam jamban, bukan mudah untuk mengawal vokal menyanyi tone semacam ini. Memang terketar-ketar jugaklah suara untuk 5 rakaman yang pertama. Kali yang ke 6 baru tekak terasa warm & jadi. Jika terdengar part sumbang atau sound tak balance, aku dah mengantok sangat masa itu, malas dah nak adjust. Hahaha. To be honest, Saturday Night bukan mudah. Untuk piano part, aku pinjam permainan piano seorang pemuzik dari Tel Aviv, bernama Frankie Simon.


Frankie Simon, pemain piano dari Tel Aviv, Israel.

Jika 17 tahun kebelakang, trek slow begini bukanlah pilihan aku untuk dinyanyikan. Ini kerana faktor usia, mungkin kerana anak tekakku sudah outdated untok menghasilkan suara tinggi nyaring. Trek versi cover dari aku ini adalah yang terakhir, sebelum aku move on ke mood lain. Maaf jika post video muzik ini membosankan kerana mood nya yg mellow, hanya sekadar menghiburkan diri & mengisi masa lapang.


Rasa berbesar hati dapat berkongsi lagu yang ada menyimpan kenangan, terutamanya buat kawan-kawan. Ada yang sudah tiada, ada yang hilang tanpa berita. Mana yang masih ada kita hargailah dengan secebis buah tangan seperti ini. Semoga kita tetap berkawan sampai bila-bila.

Sila guna earphone. Selamat mendengar.