Berikut adalah projek terbaru kolaborasi antara saya dan Tibet iaitu Tele_Nga, yang bermula akhir tahun 2010 selepas Silwayd berpecah. Berdua sudah memadai saya kira. Tibet dan gitar serta efeknya, saya pula bersama Synthesizer dan mesin deram. Memang minimal, itulah hendaknya. Tambahan saya pertama kali bermain dengan instrumen, sambil menyanyi. Vokal sedikit masalah, tekak kering. Hahaha. Cobaan 1,2,3...
Lokasi: Lagoon Perdana Apartment, Bandar Sunway.
Mohon maaf atas kualiti video yang kurang memuaskan. Amatur katanya. Haha.
ROSKALAS
Mata tengok visual, telinga dengar audio, tangan raba-raba, kaki goyang-goyang, mulut Ngaaaa Ngaaaaa
Saturday, August 6, 2011
Friday, August 5, 2011
Apresiasi itu buah Aprikot kah?
Berkobar-kobar hati untuk memberi nafas baru untuk blog Roskalas, saya ralit sebentar bila terjumpa artikel Silwayd Berbahasa Dengan Roskalas dalam Sarawak Review. Sungguhpun Silwayd dah selamat ke laut, masih ada yang sudi mendengar dan menghayati. Terima kasih buat pengulas artikel, Encik Jompot. Nice name.
Ianya sekadar lagu, yang mungkin audien beranggapan Roskalas satu nama yang langsung menjurus kepada subjek, mahupun metafora kepada suatu objek. Ada berlainan tanggapan mengenainya.
Apa yang saya sampaikan melalui Roskalas, secara jujurnya hanyalah apresiasi saya terhadap suatu subjek yang mungkin jika melalui proses pengamatan audien selain saya sendiri, ianya suatu ceritera keindahan yang global. Liriknya mungkin berbunyi langsung terus memuji subjek, namun ada sinisnya, satiranya. Bagaimana ada yang beranggapan ianya satu karya jiwa-jiwa, hanya cinta total semata. Terpulang buat pendengar. Lain telinga, lain selera.
Ada diantara kita yang punya cara tersendiri dalam meluahkan apa yang tersirat mahupun yang tersurat. Apresiasi itu normal. Dalam memenuhi kehendak hati yang inginkan penghargaan, kita memberi perlambangan. Kadang-kadang, suatu nama diberi, khas buat seseorang yang mungkin dianggap istimewa. Juga karena kita saling memerlukan. Obsesi yang tidak terhad.
Apa pun, Roskalas memang sekadar nama, yang saya kira cukup indah untuk mewakili semua perlambangan apresiasi yang ada. Dengar sebaik mungkin, kerana ini bukan fiksyen epik cinta, sekadar apresiasi.
p/s: Roskalas ini
bukan milik Safa Ghafar. hahaha

Thursday, August 4, 2011
It's been a long time...

Agak lama saya tidak menjenguk/mengepost/ membebel/mengarut/ you name it/ ke blog ROSKALAS. 2 tahun mungkin.
Apa bezanya yang kini dan dulu. Mungkin lenggok bahasa sudah berbeda, fizikal pun tak terkecuali. Makin gemok kah? ahahaha. Sebabnya saya kembali kerana....tinggalkan dulu sebabnya. Tidak penting pun.Cuma terdetik untuk kembali .
2 tahun. Tempoh yang agak lama untuk menyendiri. Rasa diri seperti baru lepas format. Agak sukar untuk kembali ke trek, yang sudah lama ditinggal. Saya hilang beberapa yang saya ada selama itu. Yang pernah membentuk saya menjadi saya.
Terasa janggal bila kembali ke dunia muzik. Selepas 2 tahun Silwayd berpecah, saya langsung tiada keyakinan, tiada hati untuk bercinta dengan melodi lagi. Tambahan saya mengabdikan diri dengan kerja, yang pasti tidak pernah habis sampai kiamat. Tapi bila berkumandang lagu-lagu lokal di corong radio saban hari, membuat hati terasa masam, kelat bila mendengar. Bukan menjengkelkan, tetapi cemburu,sudah lama tidak berpeluang seperti itu lagi, menjadi sebahagian dari industri, yang tak pasti membawa kita ke arah mana.
Ketiadaan komrad menyukarkan otak ini berkreatif. Bukan apa, tiada rangsangan mungkin. Hambar...Hampeh juga rasanya bila berseorangan. Lagu yang dibikin ke laut perginya. Terbabas kerana nakhoda kapal yang bebal mengemudi. Ya, saya sejak dulu sememangnya bebal bermain alat muzik apa-apapun terutamanya gitar, sehinggalah adanya bantuan gadget-gadget. Hati ini kuat untuk berkarya, tapi kerana kesilapan lepas membuatkan saya hilang keyakinan kadang-kadang. Tambahan muzik sekarang ada banyak variasi. Saya perlukan formula yang baru.
Formasi baru antara saya dan Ethelbert Drostan AKA Tibet, adalah idea saya dimana kononnya membawa muzik berperisa elektronika/ambient ala-ala Daft Punk/Ladytron/M83/Nada Surf/James? Masih juga ada elemen Pop. Hahaha. Cuma gaya Suede sudah dibuang jauh. Mampukah, dengan berdua? Akan adakah muzik seperti ini di Malaysia orang lain akan mainkan? Itulah persoalan utama. Menjadi band stereotype bukan jalan yang bijak untuk survive. Btw, Tele_Nga adalah nama baru OK.
Bila sentuh soal hati, agaknya apa yang terbayang difikiran? Saya, sudah tentu soal cinta. Itu perencah segala. Jika dalam hal ini, terlalu kompleks untuk dibicara. Senang cerita, ada mood, segalanya jalan. Ada paham? Terima kasih buat sang pencinta, saya berkeyakinan semula. Segala ayat-ayat yang hilang, semua nya berjaya dikumpul semula. Nah, saya bersedia bersenjatakan ayat dan melodi kembali.
Lagu pertama Tele_Nga - Break the silence.
Ada banyak yang ingin ditulis selepas menyepi sekian lama, tapi masa sangat singkat. Insyallah, di lain hari.
Ramadhan kali ini saya cuba dengan bersederhana, insyallah. Tiada apa yang ingin dicerita mengenai bulan Ramadhan kali ini.Menghormati dan menghayati, itu yang pasti.
Selamat berbuka ;-)
Wednesday, October 8, 2008
Video Santapan Jiwa
Video ini dirakam sewaktu Silwayd mengadakan persembahan live yang pertama, di bandaraya Kuching, Julai 2008.
Monday, September 29, 2008
Salam Aidilfitri
Salam kepada semua rakan-rakan,
Munculnya Syawal, maka berakhirlah 30 hari dugaan yang penuh cabaran. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Maaf andai ada terlanjur kata selama perkenalan, makan minum terambil curi (desperate lapar kot) - sebelum puasa OK, tertampar sepak terajang. Tak berniat. Tapi dah terlanjur, maaf lah jawabnya.
Menjelang Raya tahun ini, bahangnya kurang. Mungkin sebab kesibukan menghadap kerja sekolah yang menimbun, jadi nafsu hendak membeli belah pun terbantut, fikirkan priority pada pembelajaran. Tapi kelainannya dari tahun-tahun yang lain, tahun 2008 ini saya akan beraya di kampung halaman, Spaoh nun terletak di kepulauan Borneo, +200km dari bandaraya Kuching.
Selama hampir 9 tahun merantau belajar di Malaya, 7 kali raya dah tak balik. Feel memang lain. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagi syok di negeri sendiri. Quote yang sangat tepat. Mana-mana pergi merantau pun, hati tetap dekat dengan kampung halaman. Apa-apa pun, saya ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan-kawan yang pernah memberi peluang menumpang kasih beraya bersama. Banyak benda asing yang baru.
Apa yang diimpikan dalam mental, suasana raya masa kecil yang sangat meriah, yang mungkin tak dapat dikembalikan sediakala. Wah, ayat! Memanglah. Umur dah meningkat. Nak main meriam buluh, bertandang rumah orang menyendeng mintak duit raya, pun dah tak dapattt. Apa barang, 'barang' dah besar lagi nak me'ngecik'. Ah, peduli apa. Raya bukan selalu, sekali setahun. Mintak duit raya tak salah kot walau dah berumur ni, consider la saya budak masih belajar. hahaha.
Apa-apa pun, diharap raya tahun ini memberi seribu makna buat kalian Muslimin. Insyallah.

Monday, August 25, 2008
Band Indie Dilacur?
Belek-belek dari bulletin Myspace, saya terjumpa buletin yang diposkan oleh Komplot, sebuah band indie tempatan. Saya agak tertarik dengan isinya, yang mengadu mengenai berlakunya ROMPAKan terhadap lagu hasil ciptaan mereka. Saya turut berasa terkilan dengan sikap segelintir pihak alias kapitalis bangsat yang sudah mula berubah selera mencari rezeki haram dengan menumpukan artis-artis Indie sebagai lauk. Berikut adalah isi buletin dari Komplot.
ALBUM: Hits Terkini
ARTIS: Variasi
GENRE: Variasi
SEBUAH kompilasi yang memberi pulangan berharga kepada peminat apabila himpunan 16 lagu terkini dalam muzik kontemporari dimuatkan dalam satu album.
Hits Terkini memberi peluang kepada pencinta muzik untuk menikmati himpunan lagu baru pada harga istimewa, sekali gus menyuburkan kembali industri hiburan supaya tidak terus dirundung kemerosotan.
Ada beberapa sebab mengapa album ini harus dimiliki. Pertama kerana kompilasi ini mengumpulkan nama hebat dalam industri seperti M Nasir, Faizal Tahir, Amy Mastura, Misha Omar, Jinbara dan Jaclyn Victor.
Himpunan lagunya juga tidak mengecewakan. Apatah lagi lagu baru seperti Chantek nyanyian Altimet yang menemukannya dengan anggota Fabulous Cats, Adeep masih kukuh dalam carta lagu ketika ini.
Begitu juga dengan lagu Kiblatku nyanyian Hazami selain 2 X 5 (Ahli Fiqir), Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy) serta Farhana (Jinbara) yang masih hangat dan terus menjadi pilihan pendengar.
Seandainya senarai itu belum mampu memuaskan hati pendengar, Hits Terkini turut memuatkan beberapa lagu daripada kumpulan underground popular tempatan.
Resah daripada Nitrus, Konflik Metropolis (Komplot) dan Bersamamu Lagu (Minda) menjana sesuatu yang berbeza, sekali gus memberikan variasi pilihan genre dalam kompilasi ini.
Turut dimuatkan adalah paduan suara eksklusif daripada Jinbara dan Ahli Fiqir yang memberikan nuansa baru kepada lagu malar segar, Zakiah2.
Paduan irama rock bernuansa Melayu dan rap berteras nusantara ini juga memberi persepsi kontemporari terhadap lagu yang pernah dipopularkan Sweet Charity dan Hattan.
Kata Hip:
BARANGKALI ada di antara sebahagian lagu yang dimuatkan masih asing di pendengaran peminat muzik, namun itu semua tidak menggugat kualiti kompilasi ini. Berbaloi dimiliki terutama untuk mereka yang meminati sentuhan popular tetapi masih baru.
KOMPLOT
kepada semua peminat dan penggiat muzik dan seni INDEPENDENT,kami ingin semua tahu yang kami tidak ada diberitahu untuk terlibat dalam kompilasi ini...dan tindakan mana2 pihak yang dengan selambanye memuatkan lagu KONFLIK METROPOLIS dengan tanpa memberitahu kami ini ialah sangat MENJIJIKKAN dan mereka tiada rasa hormat dengan hasil karya orang lain...kepada semua KOMPLOTAN sila lah BOIKOT kompilasi ini kerana mereka(pihak terlibat) sudah melampaui batas,dan kami sangatlah marah dengan perbuatan mereka ini..
-kami tidak menyalahkan artis2 yang ada dalam kompilasi ini tetapi kami sangat tidak berpuashati dengan RECORD LABEL dan PENERBIT kompilasi ini
-semoga di masa hadapan isu sebegini tidak berlaku kepada semua yang baru nak buat band mahupun yang sedang menubuhkan band..you guys should know how to protect your rights and dont simply trust anyone...
-jika benda ini terus berlaku maka sia-sia saje kita beriya-iya untuk memajukan industri muzik kita...kerana selagi JERUNG-JERUNG ini tidak berhenti menggunakan org lain untuk mendapat rezeki selagi itu INDUSTRI MUZIK kita hancur berderai...
-benda yang paling best atas isu ini..kami tidak peroleh sesen pun atas apa yang mereka buat...sedih kan?
jadikan ini sebagai teladan...
KOMPLOT
p/s sebarkan untuk kawan2 yang lain supaya mereka lebih berhati-hati

Tuesday, August 12, 2008
The Hans - Album sulung sudah menerjah market!

The Hans, kugiran bebas dari bandar Ipoh, Perak telah merilis album pertama mereka, dengan muatan bersih 10 trek termasuk trek lama, Diary of Love yang diberi nafas baru, lebih segar dari Dentyne. Trek ini adalah antara yang menarik perhatian dari segi mood dan melodi. Sesuai sebagai pembuka selera. Anda pasti jatuh cinta.
Harga seunit adalah RM18, murah dan berbaloi dari segi kualiti, walaupun ia adalah produk D.I.Y. Berikut adalah 10 trek dari album The Hans:
1. Diary of Love
2. It's Not The First Time
3. The Friend Song
4. Daddy Know
5. You
6. Honey
7. I Alone
8. Nation
9. Holiday In The Sun
10. Sweet Surrender
Secara keseluruhan, lagu-lagu dalam album ini seiring dalam satu konsep, tidak lari style permainannya, dan secara peribadi saya katakan The Hans ada identiti.
Amat memuaskan, bukan sahaja sound arrangement, kualiti bunyinya malahan packagingnya sekali, yang mana menurut encik Elly dan rakan-rakan adalah seratus peratus hasil rakaman sendiri. Perlu dibangga kerana tanpa bergantung dengan mana-mana label, kugiran ini mampu menyelit di antara celahan barisan kugiran bebas tempatan yang lain. Boleh dikira dengan jari berapa banyak kugiran tempatan mambawa lagu English yang memiliki album, dan yang pasti The Hans adalah diantaranya. Saya percaya, dengan niat dan azam yang kuat, iniah hasilnya. Tahniah buat kugiran The Hans. Sila layari laman rasmi kugiran ini. Terajang guna jari di SINI.
Tuesday, July 22, 2008
"Visual Rekaan Jiwa"
Kononnya Orang Putih
Epika... Dari imaginasi otak yang ingin menjadi pelakon pilem, hanya mampu mengadaptasinya ke alam realiti dalam bentuk 2D. Namun tetap juga kepura-puraan. Alam benarnya, memang ada. Jiwanya pun ada. Namanya sahaja diangkat dari bangsa putih. "Kenapa" bukan soalan. Realitinya kita memang memandang ke barat dari segala aspek duniawi. "Kenapa" pun bukan soalan yang sesuai. Hiburan semata sememangnya yang terhebat lahir dari mereka. Psikologinya kita ada keinginan untuk meniru itu. Suatu perasaan dalaman yang kita mahu . audien merasai juga. Dunia realiti terpancar di mata audien secara terang-terangan. Ia memang hebat. Namun ada batasnya. Batasan itu menghalang kita keluar dari sifat bersih. Tiada batasan, tiadalah privasi. Tiada privisi, tiadalah malu. Namun foto diatas saya mahu kongsikan juga kepada audien. Kenapa?.. pun bukan lagi soalan yang sesuai. Ia adalah olahan apresiasi, sebagai individu, sama seperti anda juga. Nama bangsa putih?...itu gimik semata.
Sang Pecinta Haiwan

Bila anda runsing... Minda memerlukan rehat yang secukupnya, bagi membolehkan badan berfungsi dengan sempurna dan rasionalnya dalam membuat sebarang keputusan. Pelbagai cara untuk setiap individu dalam mengatasi masalah ini. Dari segi batiniah atau sainiah. Lantaklah. Saya mengesyorkan cara yang terbaik untuk melepaskan tekanan, merujuk kepada gambarajah diatas.
Anda runsing, kerana pelbagai perkara. Beban. Anda seperti komputer juga. Boleh terlebih muatan dengan ingatan. Otak diibaratkan bagai cakera keras. Bila lebih muatan, akan tersangkut. Bila tersangkut, perlu tutup suis. Metaforanya ini. Sebetul-betulnya anda akan penat, dan perlukan tidur bagi meneutralkan jasad dan jiwa. Alternatifnya pula bagi menyedapkan proses meneutralisasikan jasad dan jiwa, seelok-eloknya anda cuba keluarkan apa yang terbuku di dalam anda melalui tingkahlaku. Kepuasan terjamin bilamana anda berbuat sesuatu dengan mengeluarkan segala mana yang ada dalam minda dan jasad, disudahi dengan tertib sesudah penat, iaitu rehat yakni tidur.
Berita Borneo
Salam kalian,
Buat pengetahuan kalian, kugiran pop Borneo Silhoutte secara rasmi dan sebulat suara telah membuat keputusan untuk menukar ejaan asal nama kugiran mereka; Sillhoutte kepada Silwayd. Ia untuk memudahkan para kalian dalam sebutan nama kugiran ini. Sehubungan dengan itu juga, Silwayd kini dalam proses rakaman untuk EP (extended play) mereka yang akan datang. Dalam EP tersebut akan dimuatkan 6 trek, termasuk 3 trek yang diambil dari demo sebelumnya, namun diberi nafas baru untuk keselesaan pendengar. Insyallah, akan rilis sebelum tahun 2009, sekiranya tiada apa halangan. Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi mereka, www.myspace.com/silwayd.
Di bawah ini adalah video rakaman basking Silwayd. Semoga terhibur. Sokongan dari saudara amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Silwayd akustika, Sleeping Lullaby - 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mainstream, Underground dan Independent. Apakah?
Kekeliruan terhadap term Indie, Underground dan Mainstream sering menular sehingga ketiga-tiga platform ini serabut, lalu menjadi trademark personaliti, yang mana kadang-kadang di salah ertikan sebagai fesyen, identiti individu dan juga menjadi sebutan yang cool untuk menunjukkan diri berada di tempat kalangan golongan peminat muzik, yakni individual poser / groupy.
Berikut adalah fakta mengenai ketiga-tiga platform ini, yang dibuat melalui kajian, koleksi dari data primar dan sekunder, selain menjadi subjek matter saya dalam menghasilkan tesis. Namun saya kongsikan juga kepada kalian memandangkan perlunya info ini mendapat tatapan umum, seperti anda peminat muzik.
Impak dari band - band Indie ini dilihat lebih berkesan kepada audien yang mencari kelainan selain citarasa dari aliran Mainstream, namun tidaklah pula begitu berat ke arah Underground. Ia ibarat gempak suam-suam kuku. Ini kerana penyebaran materialnya masih terhad,seperti yang dinyatakan tadi, seratus peratus adalah buatan sendiri yang mana dalam hal ini menyentuh kepada distribusi. Sebagai contoh, kita ambil band Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan sealiran dengannya. Saya hairan bilamana ada individu yang memboikot band-band Indie yang dikatakan meminta bayaran, walhal mereka cuba untuk meraih rezeki. Wahai kalian, patut dihighlightkan disini bahawa, itulah hak band Indie, untuk terus hidup.
Ketiga-tiga aliran ini, Mainstream, Underground dan Independent juga sering berkait rapat, bilamana salah satunya convert ke salah satu aliran itu. Bermula sebagai Indie artis, kemudiannya mendapat tawaran dari major label utk kemudahan distribusi, pengilangan, hakcipta dan sebagainya. Otomatis menjadi mainstream. Contoh terdekat adalah, Blur, The Flaming Lips, Oasis, Pulp, Too Phat, OAG, Flop Poppy dan banyak lagi. Ini adalah proses yang sihat bagi seseorang musician atau band, atau dalam kata lain, rezeki atau bonus. Begitu juga dengan Underground. Antara contoh ketara peralihan dari aliran ini, band Sham 69, Sex Pistols, Cradle of Filth, Soldiers of Allah, A.C.A.B. dll.
Jadi kepada anda, individu yang tidak mengerti apa-apa mengenai ini, yang sering meludah keluar perkataan ini sebagai trademark individual, bangkit dan belajarlah membaca, buatlah kajian, internet dah ada, kalau ke perpustakaan pun dah malas nak pegi.

Jenis-jenis muzik aliran Mainstream adalah yang sedap didengar/radio friendy, dekat kepada society atau dalam kata lain muzik yang selalu didengar keluar dari mana² media massa seperti Pop Balada, Dangdut, R&B, Rock, etc. Kebanyakannya disupport oleh major recording labels (EMI, Sony Music, BMG, etc.). Ia bertanggungjawab dalam bahagian marketing music recordings dan music videos, disebalik itu juga ia menguruskan hal brand dan trademarks; pengeluaran CD, kilang, distribusi, promosi, dan copyright protection lagu² dan muzik video artis. Dibawah record label,artis hanya datang utk recording, show dan follow company instructions and rules, memandangkan mereka telah sain kontrak dalam tempoh yang tertentu.Setiap promosi dilakukan oleh pihak ini. Si artis hanya akan menunggu royalti hasil jualan abum dan duit bayaran show.
Manakala Underground adalah sebuah platform bebas untuk berkarya tanpa batasan, yang rata-rata lagunya dihasilkan mengikut citarasa sendiri serta lebih berunsurkan agresif ekspresi, politikal, idea yang berat dan hanya boleh diterima sebilangan orang. Kelompok ini mempunyai culture & attitude tersendiri, seperti Skinhead, Punk, dan Hardcore sebagai teras. Diantara jenis-jenis music aliran ini seperti Metal, Street Punk, Hardcore, Oi! dan banyak lagi jenis muzik yang baru sudah pun lahir melalui proses crossover, seperti Crustcore, Metalcore, Ambient, Experimental, Pop Punk dan sebagainya.
Independent dalam term music lebih dikenali dengan nama singkatan Indie, iaitu golongan musician yang berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dari major label. Seratus peratus adalah hasil titik peluh sendiri, dari proses rekoding sehinggalah distribusi. Musik yang dimainkan bebas, tidak kiralah jenis apa pun, sama ada jazz, blues, ska, rock, pop, dangdut, reggae, hip hop dan sebagainya. Sesetengah individu keliru dengan term ini. Ada sesetengah yang berpendapat Indie adalah genre muzik. Namun melalui kajian dan perbandingan yang dilakukan, ternyata ia adalah sebuah platform bagi golongan kreatif ini dalam menghasilkan muzik radio-friendly, mengikut citarasa musician itu sendiri.