Wednesday, February 12, 2014

ALTER EGO

BILA MASA AKU JADI ASKAR?

Jangan panik. Ini bukan aktiviti militant. Ini adalah sukan angin lembut.


Tuesday, February 11, 2014

Selepas 5 tahun.

     8 Februari 2014 merupakan tarikh kembalinya Silwayd beraksi setelah sekian lama menyepi. 5 tahun. Bukan sekejap. Rasa seperti mimpi bila dapat bersatu kembali bersama komrad. Sungguhpun ada sebilangan rakan/bekas anggota Silwayd yang tidak dapat hadir, line up reunion kali ini dirasai cukup padu untuk mengembalikan gelombang aura muzik yang pernah hilang seketika dulu dari tempat asalnya, Kuching. Ini cerita dari awalnya.

     Silwayd dikenali sebagai band Borneo Pop (term yang diangkat dari band idola mereka, Nicestupidplayground) yang berasal dari bandar Kuching, Sarawak. Bermula sekitar 2005 setelah Adim Alibaba keluar dari band psikadelik pop Farrah, lalu mula menulis lirik dan mengolah lagu mengikut citarasanya ketika itu, genre Elektronika. Nama asalnya adalah Sillhoutte (diambil dari perkataan silhouette, namun diubah ejaannya dengan membuang huruf e sebelum t).

    CD demo pertama, Sillhoutte – For Saints, Sinners and You lahir pada tahun 2006 dengan bilangan yang terhad dan hanya dirilis untuk rakan-rakan. Sillhoutte juga pernah dikritik di dalam majalah muzik underground tempatan, R.O.T.T.W. kerana sarat dengan sampler. Demo kedua pula berjudul Poppaganda dirilis pada tahun berikutnya 2007. Kurang yakin dengan kemampuannya bergerak solo, Adim Alibaba bertukar arah kepada genre Britpop, muzik asal yang digemarinya bersama-sama dengan Edwin Jang Joseph (Paradoxical Opinion) dan Zamry Jaafar (ex-United Kids of Oi! / The Rudeboy). Ketika itu mereka menggunakan nama Bulletcast Members sebelum ditukar kembali kepada Sillhoutte.

    Lagu pertama dihasilkan ialah ‘Sleeping Lullaby’ yang hanya mengambil masa semalam untuk disiapkan (Sleeping Lullaby pernah dinyanyikan oleh Adim Alibaba bagi mewakili UiTM dalam pertandingan nyanyian peringkat Universiti seluruh Malaysia anjuran International College of Music di Pulau Pinang tahun 2007 dan berjaya meraih tempat ketiga).

*Adim Alibaba dan rakan-rakan mewakili UiTM mendendangkan Sleeping Lullaby dalam pertandingan nyanyian anjuran ICOM dengan tema UNITY IN MUSIC, 2007 di Penang dan berjaya mendapat tempat ketiga. 

    Dua lagu seterusnya dihasilkan setahun kemudian, Beauty Scenery dan Borneoland ciptaan Edwin Jang yang telah dirakam di Kuching manakala lirik dicipta serta vokal dirakam berasingan oleh Adim yang pada ketika itu masih belajar di UiTM Shah Alam. Videoclip eksperimental Sleeping Lullaby juga telah dirakam oleh Adim dan rakan-rakan UiTM pada 2007 dan dimuat turun ke dalam Youtube.

*Silwayd 2007: Khairul Azmin, Edwin Jang Joseph, Adim Alibaba, Mohammad Topiq & Mohd Faizal. 

     Sillhoutte lengkap sebagai sebuah band apabila Edwin Jang merekrut Khairul Azmin (bassis Paradoxical Opinion), Mohd Faizal (drummer Farrah) & Mohammad Topiq (gitaris The Leaf) selepas kembalinya Adim bercuti semester untuk bersama. Demo New Chapter dirilis pada tahun 2008 (Tracklist: Beauty Scenery, Sleeping Lullaby & Borneoland). Nama Sillhouette ditukar kepada Silwayd. Berikutan itu Demo ini pernah dirilis semula setahun selepas itu dengan menukar nama pada cover CD. Bermula dengan demo ini, mereka mula mengorak langkah.

*Demo pertama sebagai sebuah band lengkap, Silwayd – New Chapter 2008.

     Persembahan pertama Silwayd ialah di Miami Bar pada tahun yang sama, 2008 di Kuching. Melalui laman social Myspace pada ketika itu, Silwayd memperkenalkan muzik mereka sehinggalah mendapat perhatian sebuah rekod indie, First Stance Records yang bertapak di Kuala Lumpur.

     Silwayd berhijrah ke Kuala Lumpur pada penghujung 2008 dan dianggotai beberapa line up baru antaranya Mohd Bidari (keyboardist Zoo) dan Dessroll Wanara (drummer). Posisi basis diambil alih oleh Zamry Jaafar yang pernah bersama di awal penubuhan band (Bulletcast Members). Bersama dengan First Stance Records selama setahun lebih, Silwayd pernah membuat persembahan di JB, Ipoh, sekitar Lembah Klang (Bijou Bazaar @ Eco Film Fest 2008, Satu Suara Concert @ One Utama, Gig @ City Mall JB, dll.) dan rancangan TV antaranya RTM1 Selamat Pagi Malaysia, Homegrown 8TV dan B-Spot Talkshow di TV9.







     Rakaman mini album Silwayd yang dirancang bersama First Stance Records tidak berjaya dihabiskan berikutan masalah dalaman yang tidak dapat dielak. Silwayd ketika itu dibantu oleh Omar Drostan Clement (band Zoo/Nerd) setelah ketiadaan Edwin. Trek-trek dari rakaman yang terbengkalai telah diolah semula dan dirilis sendiri oleh Adim pada September tahun 2010 dalam kuantiti yang terhad dan terjual 150 keping CD (Tracklist: Dunia Kimia, Roskalas, Doe Eyes, Sleeping Lullaby, Sleeping Lullaby Acoustic). Persembahan terakhir Silwayd ialah di RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur tahun 2010.

* Silwayd 2009: Zamry Jaafar, Dessroll Wanara, Omar Drostan Clement, Daie Bidari & Adim Alibaba. 

     Silwayd berpecah tidak lama selepas Zamry Jaafar keluar dari Silwayd. Adim & Omar Drostan membuat side projek band Jaguan / Tele_Nga, Edwin, Khairul Azmin & Dessroll Wanara aktif sebagai Castmembers / Paradoxical Opinion manakala yang lain membawa haluan masing-masing.



     Atas permintaan ramai, Silwayd bergabung semula selepas 5 tahun menghilang. Silwayd telah mengadakan reunion di Kuching dalam Gig Under Influences II pada 8 Febuari 2014 yang disertai oleh beberapa original line up iaitu Adim Alibaba, Edwin Jang Joseph, Khairul Azmin, Mohd Bidari dan Mohd Faizal manakala Alod dan Dave Daveson (The Seeds) membantu menjadi sessionis untuk gitaris kedua dan drummer. Lagu dari demo New Chapter 2008 berkumandang semula setelah sekian lama didahului dengan Sleeping Lullaby, Beauty Scenery & Borneoland. Sudah tentunya bait-bait lirik, "Here we are, in the Borneoland!!!" ditunggu-tunggu untuk dinyanyikan beramai-ramai.



*Silwayd 2014: Adim Alibaba, Khairul Azmin, Daie Bidari, Dave Daveson, Mohd Faizal & Edwin Jang. (Tiada dalam gambar; Yusof Alod) 


Discografi: 


Demo/EP
1. Sillhoutte - For Saints, Sinners & You (2006)
2. Sillhoutte - Poppaganda (2007)
3. Silwayd - New Chapter (2008) Re-release (2009)
4. Silwayd - Dunia Kimia (2010)

 Compilation
1. Indie For Glory Comp. Vol. 01 (2007)

Mainstream, Underground dan Independent. Apakah?

Kekeliruan terhadap term Indie, Underground dan Mainstream sering menular sehingga ketiga-tiga platform ini serabut, lalu menjadi trademark personaliti, yang mana kadang-kadang di salah ertikan sebagai fesyen, identiti individu dan juga menjadi sebutan yang cool untuk menunjukkan diri berada di tempat kalangan golongan peminat muzik, yakni individual poser / groupy.

Berikut adalah fakta mengenai ketiga-tiga platform ini, yang dibuat melalui kajian, koleksi dari data primar dan sekunder, selain menjadi subjek matter saya dalam menghasilkan tesis. Namun saya kongsikan juga kepada kalian memandangkan perlunya info ini mendapat tatapan umum, seperti anda peminat muzik.

Jenis-jenis muzik aliran Mainstream adalah yang sedap didengar/radio friendy, dekat kepada society atau dalam kata lain muzik yang selalu didengar keluar dari mana² media massa seperti Pop Balada, Dangdut, R&B, Rock, etc. Kebanyakannya disupport oleh major recording labels (EMI, Sony Music, BMG, etc.). Ia bertanggungjawab dalam bahagian marketing music recordings dan music videos, disebalik itu juga ia menguruskan hal brand dan trademarks; pengeluaran CD, kilang, distribusi, promosi, dan copyright protection lagu² dan muzik video artis. Dibawah record label,artis hanya datang utk recording, show dan follow company instructions and rules, memandangkan mereka telah sain kontrak dalam tempoh yang tertentu.Setiap promosi dilakukan oleh pihak ini. Si artis hanya akan menunggu royalti hasil jualan abum dan duit bayaran show.

Manakala Underground adalah sebuah platform bebas untuk berkarya tanpa batasan, yang rata-rata lagunya dihasilkan mengikut citarasa sendiri serta lebih berunsurkan agresif ekspresi, politikal, idea yang berat dan hanya boleh diterima sebilangan orang. Kelompok ini mempunyai culture & attitude tersendiri, seperti Skinhead, Punk, dan Hardcore sebagai teras. Diantara jenis-jenis music aliran ini seperti Metal, Street Punk, Hardcore, Oi! dan banyak lagi jenis muzik yang baru sudah pun lahir melalui proses crossover, seperti Crustcore, Metalcore, Ambient, Experimental, Pop Punk dan sebagainya.

Independent dalam term music lebih dikenali dengan nama singkatan Indie, iaitu golongan musician yang berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dari major label. Seratus peratus adalah hasil titik peluh sendiri, dari proses rekoding sehinggalah distribusi. Musik yang dimainkan bebas, tidak kiralah jenis apa pun, sama ada jazz, blues, ska, rock, pop, dangdut, reggae, hip hop dan sebagainya. Sesetengah individu keliru dengan term ini. Ada sesetengah yang berpendapat Indie adalah genre muzik. Namun melalui kajian dan perbandingan yang dilakukan, ternyata ia adalah sebuah platform bagi golongan kreatif ini dalam menghasilkan muzik radio-friendly, mengikut citarasa musician itu sendiri.

Impak dari band - band Indie ini dilihat lebih berkesan kepada audien yang mencari kelainan selain citarasa dari aliran Mainstream, namun tidaklah pula begitu berat ke arah Underground. Ia ibarat gempak suam-suam kuku. Ini kerana penyebaran materialnya masih terhad,seperti yang dinyatakan tadi, seratus peratus adalah buatan sendiri yang mana dalam hal ini menyentuh kepada distribusi. Sebagai contoh, kita ambil band Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan sealiran dengannya. Saya hairan bilamana ada individu yang memboikot band-band Indie yang dikatakan meminta bayaran, walhal mereka cuba untuk meraih rezeki. Wahai kalian, patut dihighlightkan disini bahawa, itulah hak band Indie, untuk terus hidup.

Ketiga-tiga aliran ini, Mainstream, Underground dan Independent juga sering berkait rapat, bilamana salah satunya convert ke salah satu aliran itu. Bermula sebagai Indie artis, kemudiannya mendapat tawaran dari major label utk kemudahan distribusi, pengilangan, hakcipta dan sebagainya. Otomatis menjadi mainstream. Contoh terdekat adalah, Blur, The Flaming Lips, Oasis, Pulp, Too Phat, OAG, Flop Poppy dan banyak lagi. Ini adalah proses yang sihat bagi seseorang musician atau band, atau dalam kata lain, rezeki atau bonus. Begitu juga dengan Underground. Antara contoh ketara peralihan dari aliran ini, band Sham 69, Sex Pistols, Cradle of Filth, Soldiers of Allah, A.C.A.B. dll.


Jadi kepada anda, individu yang tidak mengerti apa-apa mengenai ini, yang sering meludah keluar perkataan ini sebagai trademark individual, bangkit dan belajarlah membaca, buatlah kajian, internet dah ada, kalau ke perpustakaan pun dah malas nak pegi.