Saturday, August 6, 2011

Ini bukan sembarangan telinga. Ini Tele_Nga.

Berikut adalah projek terbaru kolaborasi antara saya dan Tibet iaitu Tele_Nga, yang bermula akhir tahun 2010 selepas Silwayd berpecah. Berdua sudah memadai saya kira. Tibet dan gitar serta efeknya, saya pula bersama Synthesizer dan mesin deram. Memang minimal, itulah hendaknya. Tambahan saya pertama kali bermain dengan instrumen, sambil menyanyi. Vokal sedikit masalah, tekak kering. Hahaha. Cobaan 1,2,3...



Lokasi: Lagoon Perdana Apartment, Bandar Sunway.

Mohon maaf atas kualiti video yang kurang memuaskan. Amatur katanya. Haha.

Friday, August 5, 2011

Berehat sebentar bersama Fred Perry #1

Cadangan untuk hiasan

Apresiasi itu buah Aprikot kah?

Berkobar-kobar hati untuk memberi nafas baru untuk blog Roskalas, saya ralit sebentar bila terjumpa artikel Silwayd Berbahasa Dengan Roskalas dalam Sarawak Review. Sungguhpun Silwayd dah selamat ke laut, masih ada yang sudi mendengar dan menghayati. Terima kasih buat pengulas artikel, Encik Jompot. Nice name.

Ianya sekadar lagu, yang mungkin audien beranggapan Roskalas satu nama yang langsung menjurus kepada subjek, mahupun metafora kepada sesuatu entiti. Ada berlainan tanggapan mengenainya.

Apa yang saya sampaikan melalui Roskalas, secara jujurnya hanyalah apresiasi saya terhadap sesuatu yang mungkin jika melalui proses pengamatan audien selain saya sendiri, ianya suatu ceritera keindahan yang global. Liriknya mungkin berbunyi langsung memuji, namun ada sinisnya, satiranya. Bagaimana ada yang beranggapan ianya satu karya jiwa-jiwa, hanya cinta total semata. Terpulang buat pendengar. Lain telinga, lain selera.

Ada diantara kita yang punya cara tersendiri dalam meluahkan apa yang tersirat mahupun yang tersurat. Apresiasi itu normal. Dalam memenuhi kehendak hati yang inginkan penghargaan, kita memberi perlambangan. Kadang-kadang, suatu nama diberi, khas buat seseorang yang mungkin dianggap istimewa. Juga karena kita saling memerlukan. Obsesi yang tiada had.

Apa pun, Roskalas memang sekadar nama, yang saya kira cukup indah untuk mewakili semua perlambangan apresiasi yang ada. Dengar sebaik mungkin, kerana ini bukan fiksyen epik cinta, sekadar apresiasi.


Silwayd (RIP: 2007-2010)


p/s: Roskalas ini
bukan milik Safa Ghafar. hahaha

Thursday, August 4, 2011

It's been a long time...



Agak lama saya tidak menjenguk/mengepost/ membebel/mengarut/ you name it/ ke blog ROSKALAS. 2 tahun mungkin.

Apa bezanya yang kini dan dulu. Mungkin lenggok bahasa sudah berbeda, fizikal pun tak terkecuali. Makin gemok kah? ahahaha. Sebabnya saya kembali kerana....tinggalkan dulu sebabnya. Tidak penting pun.Cuma terdetik untuk kembali .

2 tahun. Tempoh yang agak lama untuk menyendiri. Rasa diri seperti baru lepas format. Agak sukar untuk kembali ke trek, yang sudah lama ditinggal. Saya hilang beberapa yang saya ada selama itu. Yang pernah membentuk saya menjadi saya.

Terasa janggal bila kembali ke dunia muzik. Selepas 2 tahun Silwayd berpecah, saya langsung tiada keyakinan, tiada hati untuk bercinta dengan melodi lagi. Tambahan saya mengabdikan diri dengan kerja, yang pasti tidak pernah habis sampai kiamat. Tapi bila berkumandang lagu-lagu lokal di corong radio saban hari, membuat hati terasa masam, kelat bila mendengar. Bukan menjengkelkan, tetapi cemburu,sudah lama tidak berpeluang seperti itu lagi, menjadi sebahagian dari industri, yang tak pasti membawa kita ke arah mana.

Ketiadaan komrad menyukarkan otak ini berkreatif. Bukan apa, tiada rangsangan mungkin. Hambar...Hampeh juga rasanya bila berseorangan. Lagu yang dibikin ke laut perginya. Terbabas kerana nakhoda kapal yang bebal mengemudi. Ya, saya sejak dulu sememangnya bebal bermain alat muzik apa-apapun terutamanya gitar, sehinggalah adanya bantuan gadget-gadget. Hati ini kuat untuk berkarya, tapi kerana kesilapan lepas membuatkan saya hilang keyakinan kadang-kadang. Tambahan muzik sekarang ada banyak variasi. Saya perlukan formula yang baru.

Formasi baru antara saya dan Ethelbert Drostan AKA Tibet, adalah idea saya dimana kononnya membawa muzik berperisa elektronika/ambient ala-ala Daft Punk/Ladytron/M83/Nada Surf/James? Masih juga ada elemen Pop. Hahaha. Cuma gaya Suede sudah dibuang jauh. Mampukah, dengan berdua? Akan adakah muzik seperti ini di Malaysia orang lain akan mainkan? Itulah persoalan utama. Menjadi band stereotype bukan jalan yang bijak untuk survive. Btw, Tele_Nga adalah nama baru OK.

Bila sentuh soal hati, agaknya apa yang terbayang difikiran? Saya, sudah tentu soal cinta. Itu perencah segala. Jika dalam hal ini, terlalu kompleks untuk dibicara. Senang cerita, ada mood, segalanya jalan. Ada paham? Terima kasih buat sang pencinta, saya berkeyakinan semula. Segala ayat-ayat yang hilang, semua nya berjaya dikumpul semula. Nah, saya bersedia bersenjatakan ayat dan melodi kembali.

Lagu pertama Tele_Nga - Break the silence.

Ada banyak yang ingin ditulis selepas menyepi sekian lama, tapi masa sangat singkat. Insyallah, di lain hari.

Ramadhan kali ini saya cuba dengan bersederhana, insyallah. Tiada apa yang ingin dicerita mengenai bulan Ramadhan kali ini.Menghormati dan menghayati, itu yang pasti.

Selamat berbuka ;-)

Mainstream, Underground dan Independent. Apakah?

Kekeliruan terhadap term Indie, Underground dan Mainstream sering menular sehingga ketiga-tiga platform ini serabut, lalu menjadi trademark personaliti, yang mana kadang-kadang di salah ertikan sebagai fesyen, identiti individu dan juga menjadi sebutan yang cool untuk menunjukkan diri berada di tempat kalangan golongan peminat muzik, yakni individual poser / groupy.

Berikut adalah fakta mengenai ketiga-tiga platform ini, yang dibuat melalui kajian, koleksi dari data primar dan sekunder, selain menjadi subjek matter saya dalam menghasilkan tesis. Namun saya kongsikan juga kepada kalian memandangkan perlunya info ini mendapat tatapan umum, seperti anda peminat muzik.

Jenis-jenis muzik aliran Mainstream adalah yang sedap didengar/radio friendy, dekat kepada society atau dalam kata lain muzik yang selalu didengar keluar dari mana² media massa seperti Pop Balada, Dangdut, R&B, Rock, etc. Kebanyakannya disupport oleh major recording labels (EMI, Sony Music, BMG, etc.). Ia bertanggungjawab dalam bahagian marketing music recordings dan music videos, disebalik itu juga ia menguruskan hal brand dan trademarks; pengeluaran CD, kilang, distribusi, promosi, dan copyright protection lagu² dan muzik video artis. Dibawah record label,artis hanya datang utk recording, show dan follow company instructions and rules, memandangkan mereka telah sain kontrak dalam tempoh yang tertentu.Setiap promosi dilakukan oleh pihak ini. Si artis hanya akan menunggu royalti hasil jualan abum dan duit bayaran show.

Manakala Underground adalah sebuah platform bebas untuk berkarya tanpa batasan, yang rata-rata lagunya dihasilkan mengikut citarasa sendiri serta lebih berunsurkan agresif ekspresi, politikal, idea yang berat dan hanya boleh diterima sebilangan orang. Kelompok ini mempunyai culture & attitude tersendiri, seperti Skinhead, Punk, dan Hardcore sebagai teras. Diantara jenis-jenis music aliran ini seperti Metal, Street Punk, Hardcore, Oi! dan banyak lagi jenis muzik yang baru sudah pun lahir melalui proses crossover, seperti Crustcore, Metalcore, Ambient, Experimental, Pop Punk dan sebagainya.

Independent dalam term music lebih dikenali dengan nama singkatan Indie, iaitu golongan musician yang berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dari major label. Seratus peratus adalah hasil titik peluh sendiri, dari proses rekoding sehinggalah distribusi. Musik yang dimainkan bebas, tidak kiralah jenis apa pun, sama ada jazz, blues, ska, rock, pop, dangdut, reggae, hip hop dan sebagainya. Sesetengah individu keliru dengan term ini. Ada sesetengah yang berpendapat Indie adalah genre muzik. Namun melalui kajian dan perbandingan yang dilakukan, ternyata ia adalah sebuah platform bagi golongan kreatif ini dalam menghasilkan muzik radio-friendly, mengikut citarasa musician itu sendiri.

Impak dari band - band Indie ini dilihat lebih berkesan kepada audien yang mencari kelainan selain citarasa dari aliran Mainstream, namun tidaklah pula begitu berat ke arah Underground. Ia ibarat gempak suam-suam kuku. Ini kerana penyebaran materialnya masih terhad,seperti yang dinyatakan tadi, seratus peratus adalah buatan sendiri yang mana dalam hal ini menyentuh kepada distribusi. Sebagai contoh, kita ambil band Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan sealiran dengannya. Saya hairan bilamana ada individu yang memboikot band-band Indie yang dikatakan meminta bayaran, walhal mereka cuba untuk meraih rezeki. Wahai kalian, patut dihighlightkan disini bahawa, itulah hak band Indie, untuk terus hidup.

Ketiga-tiga aliran ini, Mainstream, Underground dan Independent juga sering berkait rapat, bilamana salah satunya convert ke salah satu aliran itu. Bermula sebagai Indie artis, kemudiannya mendapat tawaran dari major label utk kemudahan distribusi, pengilangan, hakcipta dan sebagainya. Otomatis menjadi mainstream. Contoh terdekat adalah, Blur, The Flaming Lips, Oasis, Pulp, Too Phat, OAG, Flop Poppy dan banyak lagi. Ini adalah proses yang sihat bagi seseorang musician atau band, atau dalam kata lain, rezeki atau bonus. Begitu juga dengan Underground. Antara contoh ketara peralihan dari aliran ini, band Sham 69, Sex Pistols, Cradle of Filth, Soldiers of Allah, A.C.A.B. dll.


Jadi kepada anda, individu yang tidak mengerti apa-apa mengenai ini, yang sering meludah keluar perkataan ini sebagai trademark individual, bangkit dan belajarlah membaca, buatlah kajian, internet dah ada, kalau ke perpustakaan pun dah malas nak pegi.