Jaguan adalah nama yang diambil dari perkataan Jaguh > Jaguhan lalu dimodifikasi ejaannya langsung diangkat menjadi sebuah kugiran selepas pasca Silwayd sekitar tahun 2010. Asalnya menggunakan nama Tele_Nga.
Projek ini adalah kolaborasi antara aku dan Omar Drostan Clement @ Tibet, guitaris merangkap sahabat karib dalam bermuzik (kenal sejak penghujung 90an ketika zaman sekolah). Tibet adalah sidekick aku dalam menggubah lagu bermoodkan psychedelic + lullaby semenjak dari awal perkenalan kami di Kuching, Sarawak.
Berdua sudah memadai aku kira. Tibet dengan gitar serta efeknya, aku pula bersama Synthesizer dan mesin deram. Memang minimal, itulah hendaknya. Untuk Jaguan, aku cuba bereksperimentasi dengan lirik bahasa Melayu. Ya, bahasa English ku jelek buat apa mahu teruskan juga kerana akan menghadkan kreativiti aku dalam menyampaikan cerita. Terus terang aku katakan, bikin lirik bahasa Melayu bukan mudah, silap tulis jadi mcm karangan, bukan berbunyi puitis yang sesuai untuk dijadikan lagu. Semua lagu Jaguan adalah dalam bahasa Melayu. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dicipta sepanjang tahun 2010 - 2014.
1. Musafir
2. Infiniti
3. Tunggu Sebentar
4. Dunia Kimia (lagu Silwayd)
5. Arafat
6. Gelisah
6. Gelisah
Tahun 2014, Tibet telah berpindah ke Kuching, Sarawak maka projek Jaguan ini terpaksa kami hentikan atas faktor jarak jauh & komitmen.
Sekitar tahun 2016, aku pernah perform di Merdekarya, Petaling Jaya dengan menggunakan nama Jaguan dengan dibantu oleh long time sessionis, Ed Rahman. Cuma bawa 2 lagu sahaja malam itu, Musafir & Semesta (cover Matajiwa). Sekadar panas badan dan tekak aje. Bertahun tidak menyanyi live, inilah julungkalinya.
Jaguan - Semesta (Cover Matajiwa)
Manakala video dibawah adalah rakaman terawal kami semasa jamming session sekitar tahun 2010, masih menggunakan nama Tele_Nga & lagu pun masih berbahasa English. Abaikan vokal aku yg terpeleot, tekak kering. Hehe...
Lokasi: Lagoon Perdana Apartment, Bandar Sunway.
1 comment:
nice mixed there.
intro (drum) ya reminds me of radiohead.
bila nak minum petang tok, adim?
roy (photo)
Post a Comment