Berkobar-kobar hati untuk memberi nafas baru untuk blog Roskalas, aku ralit sebentar bila terjumpa satu artikel bertajuk Silwayd Berbahasa Dengan Roskalas dalam online portal, Sarawak Review. Sungguhpun Silwayd dah selamat ke laut, masih ada yang sudi mendengar dan menghayati. Terima kasih buat pengulas artikel, Encik Jompot. Nice name.
Ianya sekadar lagu, yang mungkin audien beranggapan Roskalas satu nama yang langsung menjurus kepada subjek, mahupun metafora kepada sesuatu entiti. Ada berlainan tanggapan mengenainya.
Apa yang aku sampaikan melalui Roskalas, secara jujurnya hanyalah apresiasi terhadap sesuatu yang mungkin jika melalui proses pengamatan audien selain aku, ianya suatu ceritera keindahan yang global. Liriknya mungkin berbunyi langsung memuji, namun ada sinisnya, satiranya. Bagaimana ada yang beranggapan ianya satu karya jiwa-jiwa, hanya cinta total semata. Terpulang buat pendengar. Lain telinga, lain selera.
Ada diantara kita yang punya cara tersendiri dalam meluahkan apa yang tersirat mahupun yang tersurat. Apresiasi itu normal. Dalam memenuhi kehendak hati yang inginkan penghargaan, kita memberi perlambangan. Kadang-kadang, suatu nama diberi, khas buat seseorang yang mungkin dianggap istimewa. Juga karena kita saling memerlukan. Obsesi yang tiada had.
Apa pun, Roskalas memang sekadar nama, yang aku kira cukup indah untuk mewakili semua perlambangan apresiasi yang ada. Dengar sebaik mungkin, kerana ini bukan fiksyen epik cinta, sekadar apresiasi.
p/s: Roskalas ini
bukan milik Safa Ghafar. hahaha
No comments:
Post a Comment