Thursday, August 4, 2011
MENJENGUK KE ALAM MAYA
Agak lama aku tidak menjenguk/mengepost/ membebel/mengarut/ you name it/ ke blog ROSKALAS. 2 tahun mungkin.
Apa beza yang dulu dan sekarang? Makin gemok kah? ahahaha. Sebabnya aku kembali menulis dalam ini adalah....tinggalkan dulu sebabnya. Tidak penting pun.Cuma terdetik untuk kembali .
2 tahun. Tempoh yang agak lama untuk menyendiri. Rasa diri seperti baru lepas format. Agak sukar untuk kembali ke trek, yang sudah lama ditinggal. Aku hilang beberapa bahagian yang aku ada selama itu. Yang pernah membentuk aku menjadi sekarang ni.
Terasa janggal bila kembali ke dunia muzik. Selepas 2 tahun Silwayd berpecah, aku langsung tiada keyakinan, tiada hati untuk bercinta dengan melodi lagi. Tambahan aku mengabdikan diri dengan kerja, yang pasti tidak pernah habis sampai kiamat. Tapi bila berkumandang lagu-lagu lokal di corong radio saban hari, membuat hati terasa masam, kelat bila mendengar. Bukan menjengkelkan, tetapi cemburu,sudah lama tidak berpeluang seperti itu lagi, menjadi sebahagian dari industri, yang tak pasti membawa kita ke arah mana.
Ketiadaan komrad menyukarkan otak ini berkreatif. Bukan apa, tiada rangsangan mungkin. Hambar...Hampeh juga rasanya bila berseorangan. Lagu yang dibikin ke laut perginya. Terbabas kerana nakhoda kapal yang bebal mengemudi. Ya, aku sejak dulu sememangnya bebal bermain alat muzik apa-apapun terutamanya gitar, sehinggalah adanya bantuan gadget-gadget. Hati ini kuat untuk berkarya, tapi kerana kesilapan lepas membuatkan aku hilang keyakinan kadang-kadang. Tambahan muzik sekarang ada banyak variasi. Aku perlukan formula yang baru.
Formasi baru antara aku dan Ethelbert Drostan AKA Tibet, adalah idea dimana kononnya membawa muzik berperisa elektronik + shoegaze + ambient + Pop. Masih juga ada elemen Pop. Hahaha. Cuma gaya Suede sudah dibuang jauh. Mampukah, dengan berdua? Akan adakah muzik seperti ini di Malaysia orang lain akan mainkan? Itulah persoalan utama. Menjadi band stereotype bukan jalan yang bijak untuk survive.
Bila sentuh soal hati, agaknya apa yang terbayang difikiran? Aku, sudah tentu soal cinta. Itu perencah segala. Jika dalam hal ini, terlalu kompleks untuk dibicara. Senang cerita, ada mood, segalanya jalan. Ada paham? Terima kasih buat sang pencinta, aku berkeyakinan semula. Segala ayat-ayat yang hilang, semua nya berjaya dikumpul semula. Nah, aku bersedia bersenjatakan ayat dan melodi kembali.
Lagu pertama Tele_Nga - Break the silence.
Ada banyak yang ingin ditulis selepas menyepi sekian lama, tapi masa sangat singkat. Insyallah, di lain hari.
Ramadhan kali ini aku cuba dengan bersederhana, insyallah. Tiada apa yang ingin dicerita mengenai bulan Ramadhan kali ini.Menghormati dan menghayati, itu yang pasti.
Selamat berbuka ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment