Saturday, August 6, 2011

JAGUAN: LEGASI SILWAYD


Jaguan adalah nama yang diambil dari perkataan Jaguh > Jaguhan lalu dimodifikasi ejaannya langsung diangkat menjadi sebuah kugiran selepas pasca Silwayd sekitar tahun 2010. Asalnya menggunakan nama Tele_Nga.

Projek ini adalah kolaborasi antara aku dan Omar Drostan Clement @ Tibet, guitaris merangkap sahabat karib dalam bermuzik (kenal sejak penghujung 90an ketika zaman sekolah). Tibet adalah sidekick aku dalam menggubah lagu bermoodkan psychedelic + lullaby semenjak dari awal perkenalan kami di Kuching, Sarawak

Berdua sudah memadai aku kira. Tibet dengan gitar serta efeknya, aku pula bersama Synthesizer dan mesin deram. Memang minimal, itulah hendaknya. Untuk Jaguan, aku cuba bereksperimentasi dengan lirik bahasa Melayu. Ya, bahasa English ku jelek buat apa mahu teruskan juga kerana akan menghadkan kreativiti aku dalam menyampaikan cerita. Terus terang aku katakan, bikin lirik bahasa Melayu bukan mudah, silap tulis jadi mcm karangan, bukan berbunyi puitis yang sesuai untuk dijadikan lagu.  Semua lagu Jaguan adalah dalam bahasa Melayu. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dicipta sepanjang tahun 2010 - 2014.

1. Musafir



2. Infiniti



3. Tunggu Sebentar



4. Dunia Kimia (lagu Silwayd)



5. Arafat



6. Gelisah



Tahun 2014, Tibet telah berpindah ke Kuching, Sarawak maka projek Jaguan ini terpaksa kami hentikan atas faktor jarak jauh & komitmen.

Sekitar tahun 2016, aku pernah perform di Merdekarya, Petaling Jaya dengan menggunakan nama Jaguan dengan dibantu oleh long time sessionis, Ed Rahman. Cuma bawa 2 lagu sahaja malam itu, Musafir & Semesta (cover Matajiwa). Sekadar panas badan dan tekak aje. Bertahun tidak menyanyi live, inilah julungkalinya. 





Jaguan - Semesta (Cover Matajiwa)

Manakala video dibawah adalah rakaman terawal kami semasa jamming session sekitar tahun 2010, masih menggunakan nama Tele_Nga & lagu pun masih berbahasa English. Abaikan vokal aku yg terpeleot, tekak kering. Hehe...

Lokasi: Lagoon Perdana Apartment, Bandar Sunway.

Friday, August 5, 2011

CADANGAN UNTOK HIASAN

#fredperry

APRESIASI BUKAN APRIKOT

Berkobar-kobar hati untuk memberi nafas baru untuk blog Roskalas, aku ralit sebentar bila terjumpa satu artikel bertajuk Silwayd Berbahasa Dengan Roskalas dalam online portal, Sarawak Review. Sungguhpun Silwayd dah selamat ke laut, masih ada yang sudi mendengar dan menghayati. Terima kasih buat pengulas artikel, Encik Jompot. Nice name.

Ianya sekadar lagu, yang mungkin audien beranggapan Roskalas satu nama yang langsung menjurus kepada subjek, mahupun metafora kepada sesuatu entiti. Ada berlainan tanggapan mengenainya.

Apa yang aku sampaikan melalui Roskalas, secara jujurnya hanyalah apresiasi terhadap sesuatu yang mungkin jika melalui proses pengamatan audien selain aku, ianya suatu ceritera keindahan yang global. Liriknya mungkin berbunyi langsung memuji, namun ada sinisnya, satiranya. Bagaimana ada yang beranggapan ianya satu karya jiwa-jiwa, hanya cinta total semata. Terpulang buat pendengar. Lain telinga, lain selera.

Ada diantara kita yang punya cara tersendiri dalam meluahkan apa yang tersirat mahupun yang tersurat. Apresiasi itu normal. Dalam memenuhi kehendak hati yang inginkan penghargaan, kita memberi perlambangan. Kadang-kadang, suatu nama diberi, khas buat seseorang yang mungkin dianggap istimewa. Juga karena kita saling memerlukan. Obsesi yang tiada had.

Apa pun, Roskalas memang sekadar nama, yang aku kira cukup indah untuk mewakili semua perlambangan apresiasi yang ada. Dengar sebaik mungkin, kerana ini bukan fiksyen epik cinta, sekadar apresiasi.



Silwayd (RIP: 2007-2010)


p/s: Roskalas ini
bukan milik Safa Ghafar. hahaha

Thursday, August 4, 2011

MENJENGUK KE ALAM MAYA



Agak lama aku tidak menjenguk/mengepost/ membebel/mengarut/ you name it/ ke blog ROSKALAS. 2 tahun mungkin.

Apa beza yang dulu dan sekarang? Makin gemok kah? ahahaha. Sebabnya aku kembali menulis dalam ini adalah....tinggalkan dulu sebabnya. Tidak penting pun.Cuma terdetik untuk kembali .

2 tahun. Tempoh yang agak lama untuk menyendiri. Rasa diri seperti baru lepas format. Agak sukar untuk kembali ke trek, yang sudah lama ditinggal. Aku hilang beberapa bahagian yang aku ada selama itu. Yang pernah membentuk aku menjadi sekarang ni.

Terasa janggal bila kembali ke dunia muzik. Selepas 2 tahun Silwayd berpecah, aku langsung tiada keyakinan, tiada hati untuk bercinta dengan melodi lagi. Tambahan aku mengabdikan diri dengan kerja, yang pasti tidak pernah habis sampai kiamat. Tapi bila berkumandang lagu-lagu lokal di corong radio saban hari, membuat hati terasa masam, kelat bila mendengar. Bukan menjengkelkan, tetapi cemburu,sudah lama tidak berpeluang seperti itu lagi, menjadi sebahagian dari industri, yang tak pasti membawa kita ke arah mana.

Ketiadaan komrad menyukarkan otak ini berkreatif. Bukan apa, tiada rangsangan mungkin. Hambar...Hampeh juga rasanya bila berseorangan. Lagu yang dibikin ke laut perginya. Terbabas kerana nakhoda kapal yang bebal mengemudi. Ya, aku sejak dulu sememangnya bebal bermain alat muzik apa-apapun terutamanya gitar, sehinggalah adanya bantuan gadget-gadget. Hati ini kuat untuk berkarya, tapi kerana kesilapan lepas membuatkan aku hilang keyakinan kadang-kadang. Tambahan muzik sekarang ada banyak variasi. Aku perlukan formula yang baru.

Formasi baru antara aku dan Ethelbert Drostan AKA Tibet, adalah idea dimana kononnya membawa muzik berperisa elektronik + shoegaze + ambient + Pop. Masih juga ada elemen Pop. Hahaha. Cuma gaya Suede sudah dibuang jauh. Mampukah, dengan berdua? Akan adakah muzik seperti ini di Malaysia orang lain akan mainkan? Itulah persoalan utama. Menjadi band stereotype bukan jalan yang bijak untuk survive.

Bila sentuh soal hati, agaknya apa yang terbayang difikiran? Aku, sudah tentu soal cinta. Itu perencah segala. Jika dalam hal ini, terlalu kompleks untuk dibicara. Senang cerita, ada mood, segalanya jalan. Ada paham? Terima kasih buat sang pencinta, aku berkeyakinan semula. Segala ayat-ayat yang hilang, semua nya berjaya dikumpul semula. Nah, aku bersedia bersenjatakan ayat dan melodi kembali.

Lagu pertama Tele_Nga - Break the silence.

Ada banyak yang ingin ditulis selepas menyepi sekian lama, tapi masa sangat singkat. Insyallah, di lain hari.

Ramadhan kali ini aku cuba dengan bersederhana, insyallah. Tiada apa yang ingin dicerita mengenai bulan Ramadhan kali ini.Menghormati dan menghayati, itu yang pasti.

Selamat berbuka ;-)