Wednesday, June 17, 2020

ADIM COVER VERSION: PART 02 - SIMON BY SUEDE



Simon adalah trek B-side dari album A New Morning oleh Suede pada tahun 2001, namun tidak terdapat di dalam album ini tapi ia ada di dalam keluaran single Postivity di trek yang ke tiga. Ia adalah ciptaan frontman Suede sendiri, Brett Anderson & Co-Songwriter, Neil Codling.





Simon juga terdapat di dalam DVD "Lost In TV" dalam format video pada tahun yang sama, Simon pernah dirilis format CD untuk diberi secara percuma buat peminat ahli kelab mereka sebagai tanda permohonan maaf diatas kelewatan merilis majalah bulanan Suede. Ternyata trek rare B-Side ini ada sesuatu yang istimewa, tidak terkecuali buat aku yang merasa ketika pertama kali mendengar.





Aku pilih trek Simon untuk dibuat versi cover adalah sebagai tribute buat band hebat ini, selain ada peristiwa berkait pernah berlaku & lagu ini adalah soundtracknya ketika itu. Secara peribadi ia pernah ada impak dalam life aku. Maka aku meng'cover' lagu Simon ini mengikut kehendakku mengemudi vokal, mencuba sedikit kelainan dari versi asal nyanyian Brett. Sis cuba OK. Terima kasih kerana sudi membaca & mendengar 🙏  Berikut adalah lirik Simon untuk tatapan anda pendengar.


SIMON

Open your eyes and live again

And I'll open my heart and love again
I'll open my mind deep inside yes I know its blue

We all believed in Amsterdam

Paris and Spain and Vietnam
No one believed you
When you said your heart was blue

It's raining inside

And it's raining tonight
And it's raining for me and for you

'cause all that we see

Is a life fucked by money
And a world of celebrity fools

Are you lost in the pollution?

(Simon) Are you somewhere in my soul?
(Simon) Are you nothing but a notion, oh?
(Simon) Where do we go?

Now planes write your name up in the sky

And flowers die for your suicide
Trains stopped in vain and the pain stopped for you

And we all believed in insulin

Perfume and soap and ventolin
But no one believed you
When you said you heart was blue

It's raining inside

And it's raining tonight
And it's raining for me and for you

When nothing make sense,
But the pounds and the pence
And the dollars and cents, oh we lose?

Are you atoms in a jam jar?
(Simon) Are you somewhere in my soul?
(Simon) Are you nothing but a photo in a passport?
(Simon) Where do we go?

Oh Simon
Oh Simon
Oh Simon



























ADIM COVER VERSION: PART 01 - EVERYTHING WILL FLOW BY SUEDE




Setelah reda sedikit penularan wabak Covid 19, rutin harian warga kembali seperti biasa, dengan sedikit berjaga-jaga terutamanya dalam beraktiviti dan bersosial. Masih perlu menjarak kan diri dan mengehadkan segala pergerakan merentas daerah/negeri. 

Sepanjang PKP ini juga, aku giat meng'cover' beberapa lagu kebiasaan bagi aku, yang aku pernah gunakan sebagai medium belajar vokal ku secara amatur 2 dekad yang lalu, ketika zaman sekolah lagi. Antaranya Suede, Blur, James, Supergrass, Mansun, The Lightning Seeds dan banyak lagi lah, rata-ratanya muzik dari zaman 90an, berirama Alternatif & Britpop, sudah tentu.

Album Headmusic, dirilis pada tahun 1999.

Suede adalah influence terawal aku dalam bermuzik. Aku mula dengar Suede dari album  Coming Up (1996) & Head Music (1999). Zaman tu zaman kaset, aku kumpul duit hari-hari,  beli seminggu sekali, berkat dapat duit kerja tolong mak di kantin setiap kali habis sekolah.  Aku masih naik basikal zaman tu. Bila duit dah cukup, aku kayuh laju-laju ke Tabuan Jaya Commercial Centre untuk pegi ke kedai muzik, aku pun dah lupa nama (kedai dah tutup, lokasi belakang Teck Kong Trading) & beli kaset yang aku nak. Biasanya aku akan tanyakan sekali kalau ada poster-poster yang free untuk aku ambik. hehe. Aku ingat lagi amoi kedai tu aku panggil Tokey Neo, sangat style, berambut pendek short cropped colour hijau, bersubang di hidung, pakai body fit shirt, seluar baggy fila & kasut boot ala DocMart.

Suasana di Tabuan Jaya Commercial Centre.

Tradisi biasa selepas membeli kaset, aku balik cepat ke rumah, masok bilik, kunci pintu & setting untuk santai sambil dengar kaset. Belek, baca credit sambil cium bau inlay tu biasa. Pensel kena ada standby, takut tape sangkut. Hehe. Part paling best bila lagu masuk, kau follow baca lirik. Hanyut dengan melodi asyik Suede. Dari situlah aku belajar vokal sambil menyanyi follow lagu sebenar yang sedang dimainkan. Itupun aku praktikkan sedekad selepas itu bila aku mula bermain band.

Vokal Brett Anderson yang gedik unik, sedikit sebanyak mempengaruhi lenggok vokal ku ketika bersama band lama Silwayd, obviously. Boleh kata semua lagu Silwayd ada pengaruh Brett terutamanya lagu Beauty Scenery. Dari gaya berseluar flare bootcut, body fit tee, bersubang sebelah, rambut panjang di depan pendek di belakang, semua itu aku pernah follow kerana obses 😆 

Untok sesi cover kali ini, aku pilih trek Everything Will Flow dari album ke 4 Suede berjudol Head Music yang dirilis pada Mei 1999. Secara personal ia dipilih kerana aku ada kenangan dengan lagu ini. Vibe 90s nya yang terlalu kuat, sehinggakan kadang-kadang bila aku mendengar kembali album ini, seolah-olah aku menjengah dunia lamaku, kembali melihat imej-imej vivid masa lalu.

Cover CD single Everything Will Flow, rekaan kulit oleh Peter Saville.

Mungkin sedikit berbeza, aku ubah sedikit ikut selera aku ya. Jika aku nyanyi sebijik macam Brett, apa beza aku dengan set Karaoke. Jadi anggaplah versi ini luahan peribadi aku. Perghh. Selamat mendengar.



EVERYTHING WILL FLOW

Watch the early morning sun 
Drip like blood from the day 
See the busy people run 
So many games to play 
See the blue suburban dream 
Under the jet plane sky 
Sleep away and dream a dream 
Life is just a lullaby
Oh, and everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
Watch the day begin again 
Whispering into the night 
See the pretty people play 
Hurrying under the light 
A million cars, a million trains, 
Under the jet plane sky 
Nothing lost and nothing gained 
Life is just a lullaby
Oh, and everything will flow 
Oh, I said everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
Oh, and everything will flow 
Oh, you know everything will flow 
Oh
The neon lights in the night tonight 
Will say "everything will flow" 
The stars that shine in the open sky 
Will say "everything will flow" 
The lovers kissed with an openness 
Will say "everything will flow" 
The cars parked in the hypermarket 


Know "everything will flow"

DUNIA KIMIA: TREK REJEK YANG HILANG



Sekarang masok hari ke 36 PKP. Baru teringat pasal blog yang dah lama ditinggal. Mujur dalam beberapa hari ni aku mengemas rumah & terjumpalah beberapa stuff lama zaman bujang. Antaranya rakaman lagu Dunia Kimia yang ke 6 direject untuk dimasukkan ke dalam EP terakhir Silwayd, Dunia Kimia tahun 2009, yang aku jumpa dalam hardisc lama. Jadi aku ingat better aku buat sesuatu sempena masa cuti panjang tak tahu hujung ini. 

 Lagu Dunia Kimia dicipta oleh aku dan Tibet sekitar tahun bulan April - August 2009 di Damansara Damai masa kami duduk menyewa zaman bujang bersama-sama rakan yang lain dari Sarawak. Fuh zaman struggle nak survive di tempat orang.  Aku takkan lupa zaman itu. Mungkin ada masa aku akan ceritakan apa yang terjadi zaman itu (2008 - 2011).

Berbalik pada Dunia Kimia. Riff gitarnya dicipta oleh Tibet, pengaruh dari lagu Nada Surf - Inside of Love dari album Let Go, obviously & aku tak pernah tahu pun masa mula-mula. Sehingga lah lirik siap, on the same day aku dapat lagu tu. Mood dia aku ingat nak ala-ala Brett Anderson konon, masih kuat lagi pengaruh dia dalam muzik aku masa itu. Tapi alih-alih bila dah jadi lain dari yang dijangka. Aku rasa vokal aku dalam ini yang paling ikhlas aku luah, Aku guna ton serendah yang mungkin yang jarang aku explore masa buat lagu. 

Maka dengan penemuan trek yang hilang ini, aku abadikan semula dalam bentuk video muzik, sekadar menjenguk mood lama zaman bujang ku bermain muzik bersama teman, buat tatapan mereka yang belum pernah mendengar dan tahu, juga buat mereka di masa akan datang yang mungkin belum wujud tika ini.