Ini adalah band terbaru yang aku sertai selepas kekecewaan aku dengan projek Jaguan yang gagal awal tahun ini (2019). Aku sebenarnya mendapat tawaran dari Heroine untuk berkolaborasi bersama mereka dalam kemunculan kedua mereka selepas sedekad menyepi dari arena muzik lokal di Kuching Sarawak. Aku di posisi sebagai vokalis & penulis lirik, macam biasa.
Long story short, Heroine adalah band Indie Rock asal dari bandar Kuching yang ditubuhkan pada tahun 2008, beberapa tahun selepas band pertama ku, Silwayd wujud. Diorang ni kira junior aku dalam scene. Rata-rata umur dari 23-28 tahun. Aku lah yang paling senior, 35 tahun. Nasib saiz badan aku kecik jadi rupa kitorang dah macam sebaya. Hehehe. Heroine asalnya dianggotai oleh Coki, Adib, dan beberapa orang line up yang sering bertukar ganti dan mereka ini asalnya membawa lagu-lagu berbahasa Inggeris. Pernah merilis EP berjudul The Man Was Lying Down pada 2009. Sejarah band ini boleh di rujuk di laman rasmi Heroine di Facebook.
Berbalik sebentar pada kisah aku kecewa malam show bersama Jaguan di Ipoh awal tahun ini, selepas je perform malam tu aku turun lepak mamak sorang-sorang termenung frust, Coki frontman band Heroine telah call aku tepat pada masanya, ajak untuk masok Heroine menggantikan vokalis lama Adib yang telah quit. Selepas Adib sebenarnya ada seorang budak nama Kirk Hammet (serius nama ni tak tipu) pernah di cuba untuk mengganti tempat Adib,namun sempat perform satu show tapi entah kenapa tak jadi. Aku tanpa pikir panjang terus terima tawaran Coki malam itu jugak, tapi bersyarat. Aku request kalau nak rebrand balik Heroine, aku mau segala visual grafik band aku handle & lagu semua dalam bahasa Melayu. Coki pun setuju & begitulah cerita seterusnya.
Di awal penubuhan Heroine yang baru ini, kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Antara yang terawal adalah Coki, Aen, Jojo & Tariq. Aku join the group kemudian & yang terakhir adalah Khairi, gitaris dari band She's Nuclear untuk mengisi posisi Synthesizer/keyboard. Aku tak pernah kenal & jumpa bandmate yang lain kecuali Coki, Tariq & Khairi. Segala idea, pendapat kami kongsi bersama untuk membuat lagu. Kebiasaan nya Coki akan mulakan dengan idea gitar lalu di perhalusi oleh Tariq kemudiannya di masukkan bunyi drum, bass & synthesizer. Tugasan aku adalah yang terakhir sekali, iaitu membuat lirik & melodi untuk vokal. Lagu pertama yang digubah untuk Heroine adalah lagu berjudul Judas. Setelah dimasukkan lirik baru, alhamdulillah semuanya setuju menandakan lagu seterusnya sudah boleh mula difikirkan.
Artikel di atas merujuk kepada pengumuman Coki dalam temuramah bersama Bawahtanahrasmi mengenai kedatangan semula Heroine selepas sedekad tidak mengeluarkan apa-apa material & kemasukan anggota baru, iaitu Tariq (Clockwise) untuk posisi gitar kedua & A.A @ Adim Alibaba iaitu aku sendiri. Aku dah malu nak heboh aku main band. Biar kali ni aku senyap-senyap, tu yang guna initial A.A. Hahaha.
Perancangan Coki masa itu adalah untuk merilis album berjudul Judas, dari nama lagu yang telah dibuat sebelum ini. Namun segala perancangan berubah selepas kemasukan aku & Tariq. Ini kerana proses pertembungan idea & proses kreatif diantara kami berlaku lalu akhirnya jadilah apa yang ada sekarang.
Tiada rasa kekok bila bersama walaupun dalam dunia maya untuk menggemblengkan idea mencipta lagu. Keserasian ini tidak pernah aku rasai lagi melainkan bersama band lama aku, Silwayd sedekad yang lalu. Ini kerana kepercayaan terhadap kebolehan masing-masing. Muzik mereka lebih aggresif, ala-ala Jesus & Mary Chain, Buzzcocks & struktur, permainan yang simple tapi ada impak bagi aku. Idea budak-budak muda ini sangat aku kagum & ini mendorong aku untuk bekerja lebih keras untuk menghasilkan lirik yang kaw.
Selama 4 bulan kami berusaha mencipta & menggubah, akhirnya ada 5 trek yang telah siap dalam bentuk standard demo, iaitu Judas, Serigala Kota, Debu Dunia, Kompas & Bang!. Kami sepakat dengan keputusan untuk merilis demo pengenalan kepada Heroine yang baru ini dengan memilih 2 lagu sahaja iaitu Serigala Kota & Bang! (plus Serigala Kota versi asal buatan aku, diberi nama Serigala Kota Versi Proto), maka termuncul lah idea dari aku untuk menamakan demo ini Pasca Hibernasi, bersempena dengan kebangkitan Heroine dari tidur setelah sedekad.
Pada 5 Julai 2019, Heroine telah dijemput oleh organizer di Kuching sebagai opening band bersama band lain, W.P Shh, Huha & Hayatunnafs sempena dengan kedatangan band legend dari Jakarta, White Shoes & The Couples Company. Pada masa yang sama band dari Kuala Lumpur iaitu Lust & Sweetass turut bergabung dalam jelajah promosi album mereka di acara ini.
Aku turun ke Kuching bersama isteri 3 hari awal sebelum event, untuk berkenalan dengan bandmates dan rehearsal untuk pertama kali bersama. Bonding time orang kata. Yes, masa itu kami semua baru berkenalan terutamanya dengan Jojo si pemain Bass dan Aen si pemukul Deram. Yang lain nya aku kenal dan pernah berjumpa sebelum ini. Sungguh ini betol-betol orang kata serasi, bila jamming bersama semua 5 lagu dalam satu sesi tanpa ada silap selama 3 jam. Boleh kata semua main tight, ada passion, disiplin & effort untuk persembahkan yang terbaik masa show sulong Heronie yang baru nanti. Sehinggalah di hari persembahan, Heroine cuma jamming 3 kali sahaja. Pada hari Jumaat, sehari sebelum show, kami dijemput ke konti radio Cats FM untuk ditemuramah.
Sesi temuramah di Cats FM, Kuching. |
Semasa jamming pertama kali di Oldwell Studio, Metrocity Matang, Kuching. |
Pada hari event tersebut, Heroine adalah band yang kedua membuat persembahan selepas W.P. Shh yang bermula selepas Maghrib. Berikut adalah rakamana video Heroine yang telah diedit oleh Coki.
Aku sangat berpuashati dengan persembahan pada malam itu. Hanya 4 lagu sahaja kami mainkan iaitu Bang!, Debu Dunia, Serigala Kota & Kompas. Agak ramai sahabat-sahabat lamaku datang dan terkejut dengan kemunculan aku bersama band Heroine. Alhamdulillah sambutan yang baik bila Demo Pasca Hibernasi hampir habis dijual pada malam itu, hanya tinggal 2,3 keping daripada 20 keping yang dijual. Terima kasih buat isteriku Liza & isteri Coki kerana menjaga booth jualan CD band. Pada malam itu perasaan bercampur baur kerana reaksi dan sambutan orang. Aku tidak boleh terlalu gembira kerana ini baru permulaan. Ada yang suka dan ada yang tidak, itu kita tidak tahu, memang kita tak boleh nak jangka sebab citarasa orang lain-lain. Mengetahui serba sedikit hati budi orang sini, ada juga yang iri hati tidak bersebab kerana kemunculan aku bersama Heroine. Komen macam-macam itu sudah tentu, tapi sembang belakang-belakang. Antara yang sumbang aku dengar, Apasal Adim main dengan band budak-budak? 🤣 Sungguh cetek pemikiran begitu. Untuk apa aku peduli dengan cakap orang, sedangkan kami berenam sangat menikmati hubungan akrab sebagai satu band. Memang itu yang aku mau selama ni, kesempurnaan dalam membuat persembahan, bukan sahaja keserasian, malah toleransi kami dalam berkarya yang membuatkan aku mula sayang pada produk baru aku ni, Heroine. Feedback di laman Facebook sanagt memberangsangkan, langsung buatkan kami lebih bersemangat untuk plan seterusnya.
Selepas selesai show di Kuching, masing-masing pulang ke tempat sarang dan fokus pada kerjaya & keluarga namun tetap berhubung berkogsi idea membuat lagu-lagu baru sehinggalah sekarang. Mengikut perancangan, Heroine akan mula masuk dapur rakaman untuk Album pada hujung tahun ini (2019) memandangkan sudah mempunyai 7-8 lagu. Inshallah, nanti aku akan update berita seterusnya mengenai journey aku dalam muzik ni bersama Heroine 2.0.
Selepas selesai show di Kuching, masing-masing pulang ke tempat sarang dan fokus pada kerjaya & keluarga namun tetap berhubung berkogsi idea membuat lagu-lagu baru sehinggalah sekarang. Mengikut perancangan, Heroine akan mula masuk dapur rakaman untuk Album pada hujung tahun ini (2019) memandangkan sudah mempunyai 7-8 lagu. Inshallah, nanti aku akan update berita seterusnya mengenai journey aku dalam muzik ni bersama Heroine 2.0.