ORANGMUTAN adalah projek ketiga aku yang bermula dari tahun 2016 lagi. Asalnya sahabat lama yang aku kenal dari zaman menuntut di UiTM Melaka (2002-2005), Fizi guitaris band From Cadillac To Geisha asal Seremban menghubungi bertanyakan status terkini aku. Kena pulak masa itu aku masih melayan kecewa bila Tibet dah pindah balik ke Kuching (2014) & terbantutnya Jaguan separuh jalan, jadi ini dikira pengganti rasa rindu untuk berlagu.
Sebelum itu, kami pernah berhubung dalam dunia maya, berkongsi minat pada gadget music elektronik; Synthesizer, drum machine, etc.. Selepas mendengar lagu Jaguan bertajuk Musafir, Fizi menghubungi & melamar aku untuk berkolaborasi bersamanya untuk menggubah lagu tersebut dengan nafas baru.
Selepas berbincang & mendapat restu dari Tibet, maka Musafir telah digubah & diolah semula sebagai trek baru untuk Orangmutan. Pada tahun 2017, kami memulakan rakaman Musafir di satu studio di Melawati namun aku berasa tidak puas dengan kualiti dan mood lagu ini bila siap. Mungkin pantang aku adalah bila orang mengubah struktur lagu & melodi serta cara vokal aku menyanyi maka hasilnya sebuah lagu yang tiada jiwa. Satu kesilapan bila merakam dengan orang yang bukan arif pasal muzik yang bukan biasa-biasa. Hahaha. Ada ke patut aku nak dipesen nya jadi macam Hafiz AF. Allahu~ Akhirnya Musafir digantung seketika pembikinannya.
Rakaman di Bandar Melawati.
Tidak lama selepas kecewa dengan rakaman yang hambar itu, aku come out dengan satu idea yg datang masa aku lapar, tengah malam. Aku terdengar sayup suara bernyanyi tapi tak pasti siapa & apa yg dinyanyi. Dari situ lahirlah trek SERIGALA, yang liriknya pendek dan ringkas.
Mungkin pengaruh daripada Depeche Mode, Orchestral Manouvers in the Dark, New Order & Sparks antara punca idea ini menjadi. Aku mula melayan muzik era 80an masa zaman aku menuntut di UiTM Shah Alam (2006-2008). Bermula dari situ aku menggali sampailah ketemu sama term, New Romantic. Zaman agung fesyen flamboyant. OK ini takda kaitan.
Projek ini, sejak dari awal memang dijangka memakan masa yang panjang, di atas persetujuan kedua kami juga kerana faktor komitmen & kerjaya masing-masing. Boleh dikatakan kami bermain muzik just for fun, not for name. Kepuasan kami jika diikutkan setakat lagu siap pun sudah memadai namun jika menjangkau lebih, itu rezeki.
Perancangan untuk masa depan Orangmutan ini, masih samar-samar. Banyak yang perlu diperbaiki lagi. Aku bukanlah tidak yakin tapi dengan hanya berdua mungkin jadi punca kami tidak bergerak sangat.