Salam kepada semua rakan-rakan,
Munculnya Syawal, maka berakhirlah 30 hari dugaan yang penuh cabaran. Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Maaf andai ada terlanjur kata selama perkenalan, makan minum terambil curi - sebelum puasa tertampar sepak terajang. Tak berniat. Tapi dah terlanjur, maaf lah jawabnya.
Menjelang Raya tahun ini, bahangnya kurang. Mungkin sebab kesibukan menghadap kerja sekolah yang menimbun, jadi nafsu hendak membeli belah pun terbantut, fikirkan priority pada pembelajaran. Tapi kelainannya dari tahun-tahun yang lain, tahun 2008 ini aku akan beraya di kampung halaman, Spaoh nun terletak di kepulauan Borneo, +200km dari bandaraya Kuching.
Ini adalah rumah milik bapak aku di Spaoh yang diberi nama Anjung Layar Sari, bersempena dengan nama dua sungai iaitu Batang Layar dan Saribas.
Selama hampir 7 tahun merantau belajar di Malaya, banyak kali raya dah tak balik. Feel memang lain. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagi syok di negeri sendiri. Quote yang sangat tepat. Mana-mana pergi merantau pun, hati tetap dekat dengan kampung halaman. Apa-apa pun, aku ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan-kawan yang pernah memberi peluang menumpang kasih beraya bersama. Banyak benda asing yang baru aku dapat tau.
Apa-apa pun, diharap raya tahun ini memberi seribu makna buat kalian Muslimin. Insyallah.
No comments:
Post a Comment