Thursday, April 21, 2016

KEMBARA SENIMAN JALANAN





Lama tak update. Macam lah ada orang nak amik tau. Bahahaha. Ni dah tahun 2016 rupanya.


Di usia aku 32 tahun, secara jujur aku baru merasa 'masak'. Masak dalam pelbagai aspek, yang hanya aku memahami erti nya yang sangat kompleks tanpa boleh diungkap dengan kata-kata. Jatuh bangun gembira sakan, bersama kawan dan darah daging, ditikam belakang cubit tiup, merangkak sedih semuanya berlalu perih, jernih meninggalkan semua cerita itu ke belakang. 



Bermula dari tahun 2002, diusia aku baru masuk 18 tahun sehingga sekarang, aku masih berada di tanah orang, menjadi perantau dengan bermula sebagai pelajar di UiTM Lendu, Melaka. Sepanjang 14 tahun di perantauan banyak pengalaman yang aku lalu. Dari hidup muzik makan muzik sampai dimakan kawan pun ada, kerja macam orang gila tak ingat masa sampailah sekarang. Sedikit sebanyak semua itu mengajar erti survival yang sebenar. 

Berikut aku kongsikan sedikit gambar2 sepanjang aku di Tanah Melayu dari tahun 2002 sehingga tahun 2016. 

TAHUN 2002 - 2005 ( Usia aku 18 - 21 Tahun)


 Masa di UiTM Lendu, Melaka aku amik kursus Diploma Seni Halus selama 3 tahun setengah. Setengah tu sebab aku repeat SATU subject yang aku pernah failed, iaitu subjek agama Islam. Kalau tidak 3 tahun je.

Aku memang minat melukis, tapi… bukan yang aku betol2 minat. Aku masih terumbang ambing lagi zaman ni tak tahu & tak jelas hala tuju. Ni kira zaman tengah tuning.

 Ini gambar classmates aku masa tu, kitorang adalah batch pertama Seni Halus di UiTM Lendu, Melaka. Lelaki cuma 5-6 orang je. Hampir terancam.

Aku konvo pun dengan batch bawah aku, junior. Aku lambat grade weh. Lepas abis Diploma, aku pun balik lah ke Sarawak, selama 6 bulan. Itulah kali terakhir tempoh paling lama aku balik bercuti di Sarawak.

TAHUN 2006 - 2008 ( Usia aku 22 - 24 Tahun)

 Tahun 2006 aku sambung study balik tapi tukar ke kursus Bachelor Hons. Reka Grafik dan Imej Digital di Shah Alam pulak selama 2 tahun setengah. 

Gigih zaman ni belajar selepas hampir gagal masa Diploma. 

Aku dan classmates masa Degree, tahun 2006 - 2008

Aku tamat belajar pada penghujung tahun 2008 dan dalam masa nak abis tu aku dah start hantar resume carik kerja dengan hanya bermodalkan mulut manis dan pengalaman yang langsung tiada.

TAHUN 2009 - 2016 ( Usia aku 25 - 32 Tahun)

Lensa Film bukanlah tempat pertama aku berkerja. Sebelum masuk Lensa aku bekerja di Damansara Height, di sebuah syarikat bernama HSH Innovations Sdn. Bhd. , pembekal pinggan seramik. Sebulan setengah je sempat bertahan sebab bos dia barbaric sangat, bernama Majid yang suka melempar barang ketika marah. Last day aku kat situ printer Epson baru beli dia campak ke lantai sebab lambat jalan. Aku pun chaow join Lensa Film Sdn. Bhd. sebagai Pereka Grafik Junior dan Pelukis Papan Cerita Animasi Kacang.

Ini adalah team animator Animasi Kacang bersama Khatijah Tan.

Aku muka suci.

Aku pernah terlibat dengan pembikinan Animasi Kacang selama 2 musim (sekitar tahun 2009-2010) sebagai pelukis papan cerita, dan pereka grafik.

Aku jugak pernah dilatih oleh Allahyarham Pak Li, orang lama dalam Lensa Film bercakap loghat utara untuk voice over watak Kalut dalam siri Animasi Tanah Liat Ranggi.

 Tahun 2010 aku melarikan diri dari Lensa Film atas sebab mendapat tawaran pekerjaan yang lebih lumayan dari Asiaspace Sdn Bhd. sebagai pereka grafik. Satu langkah yang kurang bijak kiranya masa tu, alih2 yang aku join ni bankrup 2 bulan kemudian. 

 Bekerja dalam kumpulan yang ramai sangat syok, tambahan lagi banyak terlibat dengan acara majlis berprestij. Waktu kerja terlajak lebih tu biasa, tak sedar kadang2 sebab seronok.



Ini adalah gambar terakhir, acara perasmian produk Amax Wimax kepunyaan Asiaspace Sdn. Bhd. oleh Dato Seri Rais Yatim sebelum sebulan kemudian terpaksa di tutup atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Aku telah diberhentikan bersama2 staff yang lain secara berperingkat. Agak terkejut masa ni sebab dah mula syok dengan kerja dia. Seminggu aku macam orang tak betol runsing pikir mana nak cari kerja, sebab aku betol2 bergantung dengan kerja untuk kelansungan hidup kat sini, sebab? aku perantau. Jatuh bangun aku, keluarga bukan ada kat sini. Jadi aku mula mencari kerja dengan agresifnya. Sehari maunya 30 emel aku send kat banyak2 agency, tak cukup hantar emel, aku telipon untuk ingatkan diorang. (Kini Amax kembali dengan nama baru, Amax Cloud)

 Berkat doa dan usaha mencari kerja baru, aku dapat masok team ni, Rekateemor tahun 2010. Ini betol2 kerja glamer, jadi wedding designer. huhuhu. Rezki aku masa tu. Dalam team tak ramai dan kerja yang sangat memerlukan kerahan tenaga 4 kerat.






Selama setahun aku bergelumang dengan majlis kahwin ni, hampir lembut tangan aku. Nasib baik bukan jiwa dimain nya. Disini bukan setakat jadi designer, merangkap site worker jugak, turun site bikin pelamin dan menjadi pemandu kepada pekerja-pekerja Bangla yang buat part time dengan Rekateemor. Seksa sangat rasa sebab kualiti masa untuk diri sendiri takda, aku pun angkat kaki jugak dari team ni, yang telah banyak ajar aku benda baru. Terima kasih Abang Faiz & Kak Mumtaz. Aku sampai sekarang rasa bersalah dan segan sebab berhenti macam tu je. Huhuhu. Terpaksa sebab ada tawaran yang lagi baik.


Buat pertama kalinya aku berkerja dengan majikan berbangsa Cina, dan semua staff berbangsa Cina juga. Team yang terbaik pernah aku ikut setakat ni, FBI. Nama pun gempak, gerun je dengar. Fabulous Business Ideas Sdn. Bhd. 

Ini team aku sehinggalah sekarang.










Di atas adalah antara pelanggan2 utama team aku pernah layan. Kalau nampak brand2 ni di luar sana, ada diantaranya team aku yang bikin. Aku handle Nescafe Dolce Gusto dan Tesco. Nampak je kat memana, ingatlah kat aku. huhuhu


Bekerja dalam bidang profesional tiada jalan singkat untuk berada di tahap yg diimpikan. Kadang-kadang tak perlukan title @ jawatan untuk ishtihar level kepandaian. Setiap orang tahu nilainya sendiri. Hampir 6 tahun aku melekat kat tempat sekarang ni, FBI sungguhpun aku seorang sahaja yang berbangsa Melayu. Kenapa? Sebab selesa, polisi syarikat yang sangat telus dan bagus dalam menjaga kebajikan pekerja serta flexible dalam apa jua hal. Toleransi tak payah cakaplah, sungguhpun di sini didominasi oleh sahabat Cina mengalahkan kita sebangsa kalau bersama dalam bab kerja. Soal kompetitif antara mereka dan aku, aku jadikan sebagai motivasi dalam bekerja.